Wednesday, December 16, 2009

5 - Dunia Islam dan Cabaran Kontemporari

Isu Keganasan

ISLAM yang damai dan Islam yang sejuk nyaman merupakan misi Rasulullah s.a.w. dalam mengembang dan mencipta kehidupan yang adil di muka burnt, agar ia tidak dieksploitasi oleh manusia ke atas manusia lain. Walaupun atas nama apa saja: agama, politik ataupun ideologi tertentu, tujuannya tidak lain agar manusia kembali pada kesaksian awalnya, iaitu tiada tuhan yang patut disembah melainkan Allah.

Ajaran Islam selalu menawarkan keindahan akhlak, bukan menaburkan onak di lorong-lorong lebar kemanusiaan. Dalam rahim Islam, janin-janin rahmat itu siap dilahirkan untuk memberikan kesejukan kepada semesta alam. Peristiwa serangan bom di Bali memperlihatkan bagaimana jalan kekerasan atau pembunuhan menjadi misi dan agenda golongan-golongan tertentu bagi mencapai cita- cita dan matlamat. Lebih tidak adil lagi ialah apabila setiap keganasan yang herlaku itu dikaitkan dengan perbuatan orang Islam.

Menurut Rasulullah s.a.w, seorang yang beriman adalah orang yang menjaga dengan baik kehidupannya dan juga orang lain dengan aman apabila berada di tangannya (bersifat amanah). Itu tidak lain kerana Islam adalah agama damai.

Al-Quran menyebut jalan ini sebagai jalan keselamatan (al-Maaidah: 16). Ini juga menunjukkan bahawa rekonsiliasi (ishlah) adalah sebagai jalan terbaik (al-Nisa ; 128) Dan juga ditegaskan bahawa Allah sama sekali tidak menyukai kerosakan di muka bumi (al-Baqarah : 205).

Memang di dunia ini apabila disebut perdamaian, ia masih merupakan suatu persoalan vang sangat ilusif. Perbezaan, baik politik ataupun bukan terus ada dan tidak mungkin dihilangkan antara individu, antara kumpulan ataupun antara muslim dengan muslim yang lain. Jika setiap manusia menolak untuk bersikap toleransi dan terbuka dalam menghadapi perbezaan dan memaksakan apa yang menjadi kehendaknya, maka kedamaian tidak mungkin wujud di dunia ini. Demikianlah, dengan konflik serta keganasan yang berlaku di merata-rata tempat di dunia ini. Seseorang yang tidak memiliki rasa toleransi, maka ia bukan manusia dalam pengertian dan ekspresi yang sebenar. Saat seseorang memuncak kemarahannya pada hal-hal yang dibenci, maka hal itu merupakan bukti nyata daripada kelemahan yang ada dalam dirinya.

Memang banyak orang yang tidak mahu mengaku prinsip toleransi sebagai sesuatu yang abadi. Pada keadaan yang sangat mendesak dan tersepit, keinginan untuk membalas dendam menjadi sangat kuat. Perasaan marah yang disertai reaksi negatif demikian hendaknya dilepas dengar sebebas-bebasnya.

Orang yang memiliki cara berfikir demikian akan berada dalam sebuah ilusi, bahawa apa yang dilakukan tidak ada yang melanggar hukum sama sekali.

Pandangan seperti ini sangatlah tidak tepat. Kerana kenyataannya, apabila kemarahan seseorang memuncak akibat ada hal yang menyerang diri dan kemahuannya, seharusnya sikap toleransi itu jadikan sebagai prioriti utama.

Sifat manusia yang kebiasaannya berusaha menjelmakan dirinya sebagai superman. Padahal manusia super adalah mereka yang mampu mengimbangi sikap toleransi dalam menghadapi situasi paling sulit dan berat.

Di dunia ini kesatuan hanya akan dicapai dengan belajar untuk bersatu dan bukan belajar berbeza atau pun memaksakan kesatuan tanpa menafi adanya perbezaan. Untuk menghapuskan semua perbezaan yang ada, tentu merupakan hal yang tidak mungkin dilakukan. Rahsia pencapaian kedamaian dalam keludupan adalah toleransi terhadap adanya perpaduan atas kedamaian itu sendiri.

Agama, sebagaimana difahami dalam ajaran Islam, secara dasar adalah tindakan yang menampakkan kecintaan kepada Allah dan keinginan agar umat manusia menjadi baik. Firman Allah:


Terjemahan: (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (Surah al Baqarah: 165)

dan firmanNya lagi


Terjemahan: Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam ugama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)". (Surah hud: 118-119)

Mengapa demikian? Sebab Allah sendiri telah memberikan kemerdekaan dan kebebasan memenuhi kehendak kepada manusia untuk memilih jalan hidupnya. Termasuk dalam hal beragama, Allah tidak memaksa manusia, sebaliknya berserah apakah dia akan beragama Islam atau tidak?

Kemerdekaan yang dikurniakan Allah itu sebenarnya juga merupakan bahagian daripada rahmat-Nya, di mana manusia benar-benar diberi kebebasan untuk memilih jalan taat atau mengingkari agama yang dibawa oleh Rasul-Nya.

Cuma kalau umat Islam kadang-kadang menunjukkan sikap keras dan garang, itu lebih banyak disebabkan oleh adanya pengkhianatan daripada pihak luar. Atau mungkin juga kerana banyak orang luar daripada Islam telah melakukan hal-hal yang tidak benar dalam menyebarkan agama. Misalnya, mendekati umat lain dengan menggunakan cara-cara yang tidak adil, dan tidak beretika seperti mengadakan kegiatan sosial tapi hanya sebagai alat untuk merampas iman orang lain.

Untuk menghindarkan umat beragama daripada bersikap fanatik, maka diperlukan pendewasaan sikap dan tingkah laku keagamaan, melalui peningkatan pemahaman agama secara luas dan benar.

Ertinya, pemahaman agama harus dilakukan tidak hanya daripada satu sisi, tapi dari pelbagai sisi, sehingga dapat menunjukan wajah agama secara utuh iaitu agama yang membimbing manusia ke arah kebenaran dan mampu memberikan rasa kedamaian, kerukunan dan kesejahteraan umat manusia, baik umat yang seagama mahupun bukan se agama.

Isu Barat
Merdekakah negara-negara Islam dalam konteks politik dunia hari ini? Persoalan ini timbul khususnya selepas setengah abad tamatnya Perang Dunia Kedua, negara-negara Islam terpaksa menanggung beban yang berat akibat daripada kemelut dan konflik yang melanda dunia dan melibatkan umat Islam sejak itu.

Umat Islam di merata dunia bukan sahaja terpaksa membayar dengan darah, pengorbanan fizikal dan psikologi malah dipaksa melalui saat-saat yang amat memalukan serta hina yang menggugat maruah dan kredibiliti mereka sebagai ummah dan sekali gus manusia.

Pencabulan dan penafian hak, secara langsung amat ketara seperti yang berlaku di Palestin, Bosnia, Chechnya, Kosovo, Afghanistan dan Iraq. Sementara secara tidak langsung kesan pencabulan ini dapat dirasakan di hampir kesemua negara Islam.

Hampir kesemua negara Islam sama ada sedar atau tidak, terpaksa berterima kasih kepada kuasa Barat sebelum mereka memperoleh kebebasan untuk merdeka dan mengurus negara mereka sendiri. Hampir boleh dikatakan semua negara Islam yang dikatakan merdeka pada hari ini sebenarnya tidak merdeka.

Kemerdekaan mereka bersyaratkan kepada sejauh mana mereka tidak mengancam Barat. Sebaik sahaja Barat terancam, pasti Barat akan melakukan sesuatu untuk mencegahnya.

Kebebasan bersyarat yang mereka peroleh itu terpaksa mengorbankan bukan sahaja nyawa, malah banyak perkara termasuk tanah, harta, budaya, dan harga diri umat Islam. Jika disetujui oleh Barat, maka akan lebih senanglah mereka merdeka dan menguruskan negara mereka sendiri.

Tetapi jika sebaliknya, perjalanan negara berkenaan untuk mengembalikan maruah dan hak mereka terpaksa berlanjutan dan beranjau seperti yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan dan beberapa negara lain. Apa yang membezakan keadaan ini di negara Islam lain ialah tahap kegawatan di negara masing-masing dan sejauh mana Barat berasa terancam.

Di sesetengah negara Islam yang walaupun merdeka, tekanan diberikan dalam pelbagai bentuk untuk memastikan mereka terus terikat dengan sistem yang diakui dan direstui oleh Barat. Pelbagai cara dilakukan Barat dan yang paling ketara menggunakan manipulasi sistem politik dan ekonomi dunia yang mereka ciptakan.

Ini boleh dibuktikan apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dijadikan alat mencapai agenda hegemoni berterusan mereka.

Amat malang kepada kita apabila sistem ini tidak boleh mereka pakai, seperti yang berlaku di Iraq baru-baru ini, sistem diketepikan dan mereka tetap dengan agenda buruk yang tersirat itu dengan cara mengetepikan PBB dan bertindak secara unilateral.

Di Turki umpamanya, umat Islam disyaratkan secara tidak langsung mengubah berat sebelah Islamik mereka sebelum ini kepada sekularisme dan membolehkan kerajaan pimpinan Mustafa Kamal Attartuk memerintah atas nama merdeka tetapi berterusan diikat oleh Barat sehingga kini dalam apa juga tindak-tanduknya kecuali dalam perkara yang tidak bertentangan dengan kepentingan Barat.

Hakikat ini mudah kita fahami bila melihat secara umumnya Turki dan masyarakatnya lebih kebaratan berbanding sebelumnya. Keahlian Turki, satu-satunya negara majoriti penduduknya Islam dalam NATO juga boleh dijadikan bukti jelas hakikat ini.

Cuma sejak akhir-akhir ini kebangkitan semangat Islam itu dapat dilihat tetapi Turki masih dilihat amat berhati-hati demi mengelak berdepan dengan ancaman Barat secara terbuka.

Kita di Malaysia juga tidak terkecuali daripada ancaman berterusan Barat ini. Namun kita harus bersyukur dan berasa amat bertuah kerana kebijaksanaan dan pemikiran strategik pemimpin-pemimpin kita sejak merdeka telah membolehkan kita, walaupun diikat dengan syarat-syarat tertentu secara langsung atau tidak; memperoleh kemerdekaan daripada British pada 1957; mempertahankan kemerdekaan, membangunkan negara kita ke tahap yang ada; dan yang lebih penting secara paling berkesan mengelak Malaysia dijajah secara tidak langsung.

Kebolehan para pemimpin negara dalam mengawal dan mengatasi kegawatan politik, ekonomi dan kewangan membolehkan kita mengekalkan kemerdekaan kita.

Alhamdullilah Malaysia lebih merdeka daripada banyak negara Islam lain yang merdeka. Kemerdekaan yang terhad ini haruslah dipelihara dengan mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi yang sedia ada di samping berusaha mempertingkatkan usaha ke arah menguatkan negara dan ummah setanding dengan Barat. (Mohd. Roslan Mohd. Salaudin dalam Islam Hadhari: Himpunan Isu Kontemporari, 2005)

5.2 Isu Perpaduan Dunia Islam

Negara-negara Islam ini ada yang kaya dengan sumber semula jadi seperti minyak dan gas. Bagaimanapun kekayaan ini tidak menggambarkan kekuatan negara-negara Islam dalam menentukan arus dan arah politik dunia hari ini. Secara umum mereka berada dalam keadaan yang lemah. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan demikian, antaranya ada pengaruh dan cengkaman Barat ke atas mereka, kesatuan dan perpaduan yang lemah, kepimpinan yang tidak sehaluan dan masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.

Islam membentuk cara hidup manusia berasaskan hukum dan keadilan sejagat. Menjelaskan tentang hubungan manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia bermula daripada diri, keluarga, masyarakat dan negara, termasuk juga hubungan antarabangsa. Dalam konteks ini Islam meletakkan hak dan tanggungjawab seseorang. Bagaimanapun dalam Islam tidak ada 'kebebasan mutlak'. Setiap orang itu boleh menggunakan haknya dengan batasan, jika tidak nescaya dia akan mengganggu atau menceroboh hak dan kebebasan orang lain.

Islam menerima konsep 'perjanjian dan perdamaian' dengan negara jiran dan pihakbukan Islam. Ini telah ditunjukkan dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyah dan dalam hubungan luar Rasulullah s.a.w. dengan negara-negara jiran. Islam membenarkan orang bukan Islam mempunyai hak memasuki negara Islam.

Bahkan dengan kebenaran tersebut Islam memberi jaminan keselamatan ketika mereka berada dalam negara Islam. Mereka diberi kebebasan untuk tinggal dan mengamalkan agama mereka mengikut kepercayaan masing-masing.

Islam tidak membenarkan peperangan dilancarkan ke atas sesiapa pun kecuali dengan perintah ketua negara dan oleh sebab-sebab yang sahih seperti mempertahankan diri. Dalam pada itu terdapat peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membunuh orang awam, orang tidak upaya, orang tua, kanak- kanak dan perempuan. Orang yang terkorban hendaklah dihormati. Tidak dibenarkan memusnahkan rumah kediaman, makanan dan pokok buah-buahan. Rumah ibadat tidak boleh diceroboh. Bahkan ketika Nabi memasuki Kota Mekah, jaminan keselamatan telah diberikan. Jika dalam keadaan peperangan pihak musuh mahu kepada perdamaian, Nabi menyuruh supaya menyahut secara positif seruan 'perdamaian'.

Tidak ada sebuah negara di dunia ini yang boleh hidup dan maju tanpa mempunyai hubungan dengan negara lain. Ini ialah satu kenyataan dan bukan andaian kerana tidak ada sebuah negara di dunia ini yang mempunyai segala-gala sehingga tidak memerlukan dunia luar.

Dalam hubungan ini prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni ialah suatu matlamat dalam hidup bermasyarakat, iaitu dengan melaksanakan tanggungjawab dan pada masa yang sama menghormati hak-hak individu, masyarakat dan negara. Dalam hubungan sedemikian kita tidak boleh melakukan sesuka hati terhadap orang lain dengan mengambil undang-undang di tangan sendiri. Sikap prejudis Barat terhadap Islam sangat jelas. Sikap demikian berlaku disebabkan antara lain tidak ada kefahaman yang betul tentang Islam dan kesan daripada Perang Salib yang telah berlaku antara Islam dengan Kristian.

Negara-negara Islam digolongkan dalam kumpulan negara tidak membangun dengan mempunyai masalah domestik yang tersendiri seperti kemiskinan, buta huruf yang tinggi, pengangguran dan taraf hidup yang rendah. Senarai data 20 negara terbaik tidak terdapat nama negara Islam kecuali Malaysia. Ini mencerminkan betapa ketinggalan dan mundur sesetengah negara-negara Islam.

Undang-undang secara bersendiri tidak mampu untuk menyelesaikan masalah tingkah laku manusia. Undang-undang ialah sesuatu halangan atau pencegahan yang bersifat luaran yang tidak mengambil faktor dalaman diri manusia. Moral atau akhlak mempunyai nilai yang tersendiri dalam pembentukan sahsiah, akhlak yang tinggi berpandu kepada ilmu dan kefahaman ajaran agama yang betul.

Neraca moral seperti keadilan, persamaan, toleransi terhadap kemanusiaan, menolak diskriminasi, persahabatan sejagat tanpa mengira fahaman agama dan bangsa, tidak ekstrem dan agresif tetapi sederhana ialah tuntutan Islam. Dalam sebuah buku al-Qiyadah wa al-Judiyyahfi al-Islami menghuraikan maksud jihad yang difahami oleh sebahagian orang Islam iaitu al-Harb al-Muqaddasah dengan matlamat untuk meninggikan kalimah Allah dan penyebaran dakwah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Dengan demikian jihad bagi mereka ialah peperangan, titisan darah, pembunuhan dan tawanan.

Dalam buku al-Jihadfi al-Islam menyatakan, bahawa jihad fisabilillah bertujuan membawa kebaikan, keadilan dan kebenaran. Apakah jihad itu terbatas kepada pertumpahan darah dan adakah dakwah yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w itu penuh dengan kekerasan dan penyebaran dalam bentuk penyerangan ke atas lawan? Cara-cara demikian bertentangan dengan sirah Rasulullah s.a.w. Sebenarnya Islam tidak datang dalam bentuk keganasan dan sama sekali tidak boleh dikaitkan dengan terrorisme. Islam itu adalah damai, adil, toleransi dan perikemanusiaan. Bagaimanapun ada media lebih suka menghubungkan Islam dengan keganasan.

Imej ini perlu diperbetulkan. Sebenarnya keganasan juga berlaku di kalangan bukan Islam dan di kalangan negara bukan Islam, dan ada yang berlanjutan hingga ke hari ini.

Jihad mempunyai erti yang luas tidak terbatas kepada jihad dengan nyawa atau peperangan dan harta sahaja. Jihad termasuk jihad ke atas diri dengan memerangi hawa nafsu dan menuntut ilmu. Begitu juga memerangi kejahilan, menghapuskan kemiskinan, membanteras gejala sosial, membangunkan ummah, mengajak kepada perpaduan, meninggikan maruah dan syiar Islam. Terdapat kecenderungan melalui perkembangan semasa yang menghubungkan keganasan dengan Islam dan penganut Islam, sungguhpun dari segi politik, Barat cuba tidak menunjukkan sentimen anti-Islam atau orang Islam. Bagaimanapun, prejudis terhadap Islam di kalangan Barat tetap ada.

Pandangan yang beranggapan Islam mendatangkan 'ancaman' kepada Barat dapat dilihat dengan mengaitkan reaksi daripada tindakan keganasan yang dihubungkaitkan dengan orang Islam. Ini ialah pandangan kerajaan dan orang awam di Barat. Menjadi tugas setiap orang Islam dan kerajaan Islam memberikan imej yang sebenar tentang Islam dan menghuraikannya. Sebenarnya Islam itu indah, progresif, mencintai. (Abdul Monir Yaacob, 2005).

5.3 Cabaran Globalisasi Dalam Ekonomi, Sosial Dan Politik Dunia Islam

Konsep globalisasi adalah diterima pakai oleh masyarakat Malaysia yang sememangnya menjadi dasar masyarakat dan rakyatnya untuk berbaik-baik antara kaum di Malaysia dan sejagat. Bertitik tolak daripada pegangan ini, Malaysia telah mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Negara-negara Berkecuali, mengadakan kerjasama serantau dan memberi sokongan terhadap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia juga membuat hubungan khas dengan Negara-negara Anggota Komanwel yang telah ditubuhkan pada tahun 1931 dan diketuai oleh Ratu England. Malaysia juga telah menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang telah ditubuhkan pada tahun 1945 di San Francisco, Amerika Syarikat. Pertubuhan ini ditubuhkan dengan tujuan antara lain untuk mewujudkan keamanan dan mengadakan hubungan baik antara negara-negara anggota badan sedunia itu. Malaysia juga telah mengadakan hubungan khas dengan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) yang berpusat di Jeddah, Arab Saudi.

Dalam bidang ekonomi, Malaysia telah mengukuhkan kedudukan ekonomi dalam negaranya dengan berkesan dan baru-baru ini telah berjaya menangkis serangan penyangak mata wang dan kegawatan ekonomi. Dalam konteks luar negara, Malaysia telah mengadakan perdagangan antarabangsa dengan hampir semua negara dan mendapat keuntungan yang amat menggalakkan. Ini terbukti apabila simpanan luar Malaysia yang melebihi 30 billion dolar Amerika. Pengeluaran dan pengeksportan kereta Proton Malaysia telah membawa kejayaan luar biasa dari segi perindustrian dan hubungan dengan negara luar.

Dari segi sosial Malaysia juga telah berjaya memajukan kedudukannya dalam negara seperti mengekalkan keamanan, toleransi antara kaum, kebebasan beragama, pendidikan, kesihatan dan perpaduan. Dalam hubungan luar negara Malaysia amat prihatin dengan nasib negara-negara membangun (Selatan-selatan) dan juga mengadakan hubungan erat dengan negara membangun terutama kumpulan G-8. Malaysia juga telah memberikan sumbangan dari segi kewangan dan bantuan kemanusiaan kepada banyak negara seperti Indonesia, Kampuchea, Somalia, Iraq, Bosnia, Chechnya dan sebagainya. Malaysia juga mengadakan hubungan dengan kebanyakan negara kapitalis dan komunis serta mengamalkan dasar Pandang ke Timur (Jepun, Korea dan Taiwan). Yang pastinya, orang Melayu dan bahasa Melayu tetap unggul di Nusantara, bak kata Hang Tuah, 'Tidak Melayu hilang di dunia'. (Azhar Hj. Mad Aros, 2003:377)

5.4 Masa Depan Dunia Islam

Kebangkitan Islam boleh dilihat di merata tempat di dunia hari ini sama ada di Timur Tengah, Asia Tenggara, Afrika bahkan di Eropah dan Benua Barat sendiri. Istilah Kebangkitan Islam, Kebangunan Islam, Islamic Resurgence, Islamic Revivalism, Islamic Renaissance atau as-Suhwah al-Islamiah tidak lagi menjadi istilah yang asing kepada sebahagian besar anggota masyarakat apatah lagi di kalangan para cendikiawan dan pengkaji perubahan sosial.

Mengikut Chandara Muzaffar dalam bukunya Islamic Resurgence in Malaysia - Kebangkitan Islam ialah "Ungkapan yang menggambarkan usaha-usaha menegakkan semula nilai-nilai Islam, mempraktikkan amalan-amalan Islam, membangunkan kembali institusi-institusi Islam, menegakkan undang-undang Islam serta mengamalkan Islam secara keseluruhan dalam kehidupan setiap muslim. Ia adalah percubaan untuk melahirkan kembali etika Islam, peraturan-peraturan sosial Islam yang berpaksikan untuk membentuk insan muslim sejati berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

Mengikut Dr. Zohair Hussain - "Kebangkitan Islam ialah kembali minat terhadap syiar dan idea-idea Islam setelah mengalami satu jangka masa yang lesu"

Mengikut Alt E. Hillal Dessouk - Kebangkitan Islam ialah merujuk kepada "Peningkatan kegiatan politik atas nama Islam oleh pemerintah atau kumpulan pembangkang sepertimana yang diperjuangkan oleh gerakan-gerakan Islam di negara-negara Arab dan beberapa buah negara Islam yang lain.

Dengan kata lain, kebangkitan Islam ialah merujuk kepada peningkatan mengamalkan syiar Islam di dalam politik, sosial, dan kehidupan seharian umat Islam"

Kebangkitan Islam secara umumnya bolehlah dirumuskan sebagai tumbuhnya kesedaran Islam yang semakin merata serta bersifat global, bertambahnya tekad serta kesungguhan umat untuk menghayati ajaran Islam semuanya dalam semua aspek kehidupan.

Sebagai maklumat kepada anda, terdapat dua perkataan lagi yang ada kaitannya dengan Kebangkitan Islam, iaitu Tajdid dan Islah; (i) Tajdid yang bererti - perubahan pemikiran umat ke arah memahami dan menghayati Islam yang sebenarnya. Perkataan di atas terdapat di dalam hadis Rasulullah s. a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah membangkitkan pada permulaan tiap-tiap seratus tahun, bagi umat (Islam) ini seorang Mujadid yang membaharui agama umatnya"

Mujadid yang dimaksudkan ialah pelopor kepada Kebangkitan Islam. Para ulama bersetuju meletakkan Mujadid abad pertama ialah UmarAbdul Aziz. Mujadid abad kedua ialah Iman Syafie. Mujadid abad ketiga ialah Imam Asyari. Mujadid abad keempat ialah Imam al-Baqilani. Mujadid abad kelima ialah Iman al-Ghazali. Seterusnya setiap abad akan ada Mujadid seumpama mereka.

(ii) Islah bererti - memperbaiki sesuatu yang sudah rosak. Maksud Islah boleh dicapai melalui dua proses: Mempertingkatkan lagi penerimaan dan pelaksanaan dasar dan ajaran Islam dalam masyarakat Islam. Membanteras penyelewengan yang berlaku, melindungi kesucian agama Islam dan mempertahankan kesejahteraan umat.

Perkataan Islah terdapat di dalam al-Quran, firman Allah Taala
Terjemahan: Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika Aku berdasarkan Bukti Yang nyata dari Tuhanku, dan ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadanya, (Patutkah Aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang Aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu Yang Aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah Aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan Dengan pertolongan Allah. kepada Allah jualah Aku berserah diri dan kepadaNyalah Aku kembali. (Surah Hud:88)

Kedua-dua istilah di atas sama ada Tajdid atau Islah adalah sesuatu usaha warisan Rasulullah s. a.w. yang perlu diteruskan atas dasar menyeru kepada makruf dan mencegah daripada mungkar. Justeru itu menjadi tanggungjawab setiap individu muslim dalam memupuk suasana Kebangkitan Islam hari ini melalui Tajdid dan Islah.

Sejarah Kebangkitan Islam

(i) Tahap pertama - Zaman Rasulullah dan Khulafa al-Rasyidin.
Sebelum diutuskan Nabi Muhammmad s.a.w sebagai rasul, seluruh dunia dicengkam oleh kegelapan jahiliah. Manusia tenggelam dalam arus kesesatan, kezaliman yang menggerunkan. Mercka teraba-raba dalam kegelapan tanpa cahaya iman yang boleh memandu mereka, ajaran nabi dan rasul dahulu telah lenyap akibat penyelewengan dan salah tafsiran. Di tengah-tengah suasana itulah Nabi Muhammad diutuskan oleh Allah s.w.t. untuk menyelamatkan umat manusia.

Seruan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah bertujuan membawa perubahan yang menyeluruh, meninggikan kehidupan masyarakat, menegakkan keadilan dan mencapai kehidupan yang bernaung di bawah undang-undang Allah Taala.

Begitulah juga zaman Khulafa' al-Rasyidin dan diteruskan pula pada zaman Umayyah dan Abasiah. Pada peringkat ini Islam memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran ummah.

(ii) Tahap kedua - Zaman membebaskan negara daripada belenggu penjajahan dan unsur khurafat, tahyul dan bidaah.

Zaman ini bermula dari lahimya gerakan al-Muwahhidun yang dipelopori oleh al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab (1703-1791) di Arab Saudi. Gerakan ini berusaha menumpaskan penyelewengan dalam ajaran tasawuf dan tarekat yang banyak mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat, dan bidaah. Di antara amalan yang membawa kepada syirik seperti memuja kubur para wall dan keramat. Amalan khurafat yang meluas pada masa itu ialah mempercayai ramalan tukang tenung dan sebagainya. Amalan bidaah pula seperti mengadakan perayaan Maulud Nabi, menambah kalimah tertentu dalam azan atau solat dan sebagainya. Perjuangan gerakan Muwahhidun untuk menghidupkan semula ajaran Islam dalam bentuk yang mumi, banyak dicontohi oleh gerakan Islah yang lain.

Di Libya - lahir gerakan as-Sanusiyyah di bawah pimpinan al-Sayyid Muhamad Alt al-Sanusi yang berusaha keras menyeru masyarakat kepada cara hidup Islam yang sebenarnya. Gerakan ini berpengaruh di daerah pantai Utara Afrika, terutamanya di Magrib dan Sudan.

Di Mesir - gerakan yang berperanan menyedarkan masyarakat ialah gerakan Pan Islamisme di bawah pimpinan Jamaludin al-Afghani (1839 - 1897). Beliau juga berjuang menghadapi imperialisma Barat di Afghanistan. Bagi Jamaludin al-Afghani, penjajahan Inggeris merupakan malapetaka besar bagi dunia Islam. Beliau mengajak umat Islam untuk bersatu menghadapi malapetaka ini. Program refomasinya telah diteruskan oleh tokoh- tokoh lain seperti Muhamad Abduh (1849 - 1905), dan Muhamad Rashid Rida (1865-1935).

Di India - muncul gerakan menyedarkan masyarakat yang dipimpin oleh Syah Waliyullah al-Dahlawi (lahir 1703). Beliau merupakan tokoh Mujadid dan pemikir Islam yang begitu berpengaruh. Fikrah dan sumbangan beliau bersifat sejagat dan boleh dimanfaatkan oleh genarasi kemudian.

Kebangkitan Islam pada tahap kedua juga berlaku di negara-negara umat Islam yang lain seperti di Tanah Melayu dan Indonesia.

(iii) Tahap ketiga - Kebangkitan Islam untuk membebaskan diri dari ideologi-ideologi bukan Islam

Kebangkitan ini adalah lanjutan dari perjuangan tokoh-tokoh tahap kedua. Kebangkitan pada tahap ini adalah atas kesedaran umat Islam untuk menjadikan Islam sebagai dasar dan panduan hidup secara menyeluruh. Kecenderungan untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup dan menentang segala bentuk ideologi perosak telah membawa kepada wujudnya berbagai gerakan dakwah.

Di antara gerakan-gerakan Islam yang muncul dan berperanan di zaman ini ialah:
Gerakan Ikhwan al-Muslimin (Mesir)
Jamiat al-Islam (Pakistan)
Gerakan al-Nur (Turki)
Gerakan Hamas (Palestin)
Gerakan Hizbullah (Selatan Lubnan)
Gerakan Islam di Iraq, Jordan, Syria, Sudan, dan lain-lain lagi.

Gerakan Ikhwan al-Muslimin

Gerakan ini ditubuhkan pada sekitar tahun 1928 masehi oleh Hassan al-Banna. Gerakan ini berkembang pesat di antara 1930-40an. Setelah memasuki arena politik Ikhwan dapat memainkan peranan yang penting dalam politik Mesir terutama dalam kebangkitan semangat kebangsaan yang berlaku di antara akhir perang dunia dengan kekuasaan pemerintah tentera Mesir. Gerakan Ikhwan al-Muslimin bukanlah gerakan dakwah kepartian yang sempit dan bukan sekadar berkembang di negara Mesir sahaja, tetapi ia tersebar ke negara-negara Arab yang lain seperti Syria, Iraq, Jordan, Sudan, Algeria, Pakistan, bahkan ke seluruh dunia.

Menurut Dr. Mustafa Assiba'i Gerakan Ikhwan al-Muslimin mempunyai lima tujuan utama iatu:
- Memperbaiki individu
- Memperbaiki keluarga
- Memelihara umat
- Menentang penjajah
- Perpaduan Arab dan umat Islam.

Tokoh-tokoh yang terkenal dalam gerakan ini ialah as-Syahid Hassan al-Banna, Sayyid Qutb, Abdul Qadir Audah dan lain-lain lagi.

Sumbangan terhadap kebangkitan Islam

Ikhwan al-Muslimin merupakan gerakan yang paling menonjol di abad ke-20 ini. Gerakan ini banyak memberi inspirasi kepada gerakan-gerakan Islam yang lain kerana:
- Ikhwan al-Muslimin adalah satu-satunya gerakan dakwah yang fleksibel dan menyeluruh. Perjuangannya dapat memenuhi keperluan manusia dan ummah.
- Peristiwa pembunuhan dan penyiksaan terhadap anggota Ikhwan al-Muslimin yang dilakukan oleh pemerintah Mesir sedikit sebanyak menimbulkan simpati masyarakat dunia. Peristiwa tersebut juga turut memberi semangat kepada pejuang-pejuang Islam yang lain bahawa medan perjuangan penuh dengan tribulasi.
- Ramai pelajar yang kembali dari Timur Tengah mendapat didikan (tarbiyah) daripada anggota Dewan al-Muslimin. Sekembalinya ke tanah air mereka berdakwah mengikut metod Ikhwan. Sehingga hari ini, di mana-mana sahaja apabila memperkatakan tentang dakwah dan gerakan Islam maka nama Iman Hassan al-Bana dan Ikhwan al-Muslimin.

Jemaah Islami di Pakistan

Ditubuhkan pada tahun 1941, di bawah pimpinan Abu al-'Ala Maududi iaitu enam tahun sebelum wujudnya negara Pakistan. Sebaik sahaja ditubuhkan negara Pakistan, Jemaah al-Islami menuntut digubalkan perlembagaan negara berasaskan al-Qur'an dan Hadis. Tujuan perjuangannya adalah untuk menghidupkan agama yang suci dan meninggikan kalimah Allah dan melaksanakan hukum yang terkandung dalam kitab Allah dan sunnah RasulNya dalam kehidupan individu dan masyarakat Pakistan. Gerakan ini menghadapi tentangan yang hebat dari beberapa kumpulan aliran pemikiran yang diwujudkan oleh penjajah seperti golongan Qadiani, kumpulan Ingkar Sunnah dan golongan yang kagum dengan tamadun Barat.

Terdapat tiga dasar perjuangan Jamaah al-Islami:

- Perjuangan seluruh manusia dan umat Islam khususnya agar menyembah Allah dan jangan syirikkan Allah.
- Dakwah kepada setiap individu bagi melahirkan rasa redha dengan Islam sebagai ad-Din dan hendaklah membersihkan din mereka daripada ciri-ciri nifaq dan kegiatan yang bertentangan dengan Islam.
- Dakwah ini adalah untuk semua, iaitu hendaklah mereka menyuarakan kebaikan secara umum terhadap pemerintah agar melaksanakan Islam dalam pemerintahannya.

Faktor-Faktor Kebangkitan Islam

Kebangkitan Islam di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

(i) Adanya tekanan kuasa-kuasa Barat ke atas dunia Islam dalam bidang politik, ketenteraan, dan ekonomi.
(a) Politik dan ketenteraan - berlaku pembunuhan dan penafian hak wilayah orang Islam. Contoh: Serangan tentera Russia ke atas negara umat Islam Chechnya kerana tidak mengiktiraf kemerdekaan Chechnya. Setelah hampir dua tahun serangan dilakukan dengan tentera berjumlah 39 000 orang, Moscow masih belum dapat mengalahkan 7 000 orang tentera Islam Chechnya. Penindasan berterusan ke atas umat Islam Bosnia, Palastin, Kashmir, dan lain-lain tempat. Penafian hak memilih kerajaan sendiri seperti yang berlaku di Algeria, parti Islam FIS (Front of Islam Salvation) telah memenangi pilihan raya umum pertama tetapi telah dibatalkan oleh regim tentera yang disokong oleh Perancis dan negara-negara Barat yang lain.

(b) Ekonomi - Negara-negara Islam dari negara-negara Barat, sentiasa menghadapi tekanan ekonomi dalam berbagai bentuk, sama ada sekatan ekonomi atau mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi negara Islam. Contoh: PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Iraq sejak tahun 1992 lagi. Akibatnya ribuan rakyat Iraq menderita terutamanya kanak-kanak kerana kekurangan zat makanan dan ubat-ubatan. Peristiwa di atas telah memberi kekuatan kepada umat Islam untuk bangkit merubah nasib mereka, melalui penghayatan semula Islam.

(ii) Kegagalan Western Dissolution oleh kebanyakan pemimpin Islam yang ditaja oleh Barat. Contoh: Negara-negara Islam seperti Turki, Iran, Sudan, dan lain-lain negara termasuk Malaysia pernah ditadbirkan oleh pemimpin sekular model barat selepas peperangan dunia pertama. Mereka gagal membawa perubahan yang bermakna kepada masyarakat Islam. Ini memberi bukti kukuh, bahawa negara-negara Islam tidak boleh menyelesaikan masalah mereka dengan formula yang asing daripada Islam.

(iii) Kemampuan pihak Islam menentang pihak Barat. Contoh: Revolusi Islam Iran dibawah pimpinan Ayatullah Khomeini yang berjaya menumbangkan Shah Iran pada tahun 1979. Kemenangan Parti Islam FIS di Algeria yang memenangi 188 daripada 232 kemsi yang dipertandingkan.

Peristiwa di atas telah memberi kesedaran dan keyakinan bahawa Islam mampu menjadi mekanisme yang membangkitkan semangat rakyat menentang proses pembaratan.

(iv) Fenomena menyayat hati yang berlaku kepada umat Islam kini Contoh: Peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia Herzegovina oleh pihak Serbia. Serangan tentera bersekutu ke atas Iraq yang telah mengorbankan beratus ribu kanak-kanak Iraq. Serangan Tel-Aviv ke atas Selatan Lubnan.

Hikmat di sebalik peristiwa yang berlaku telah mendorong umat Islam di negara-negara Islam yang lain kembali kepada kehidupan beragama. Peristiwa diatas tidak diberi perhatian dan tindakan sewajar oleh PBB. Keadaan tersebut menjadi salah satu faktor yang menyemarakkan lagi kesedaran umat Islam untuk bersatu memperjuangkan Islam.

(v) Peranan gerakan Islam dan pertubuhan dakwah antarabangsa Contoh: Gerakan Ikhwan al-Muslimin, Jamiat al Islami, Pertubuhan Dakwah Antarabangsa seperti World Assembly of Muslim Youth (WAMY) dan International Islami federation of Student Organisation (IFSO) memberi saham yang besar dalam mencorakkan suasana kebangkitan Islam hari ini. Golongan terbesar dalam pertubuhan ini ialah terdiri daripada pelajar pusat pengajian tinggi. Pengaruhnya bukan sahaja di dunia Islam, bahkan menjangkau benua Eropah, Amerika dan Timur Jauh. Gerakan Islam berperanan sebagai pendesak kepada pemerintah supaya menubuhkan institusi ekonomi Islam dan melaksanakan dasar-dasar Islam dalam pentadbiran negara.

Kesimpulan

Faktor-faktor di atas adalah di antara faktor yang membawa kepada kebangkitan Islam masa kini. Walaubagaimanapun faktor yang tidak boleh dinafikan kepentingannya ialah faktor agama Islam itu sendiri. Islam sebagai al-Din yang diwahyukan oleh Allah, mempunyai sifat dan ciri-ciri dinamikannya yang sangat unit jika dibandingkan dengan agama-agama lain. Segala yang terkandung di dalam ajarannya mendorong pendukung-pendukung gerakan Islam berjuang untuk mencetuskan suasana kebangkitan Islam hari ini.

Kesan-Kesan Kebangkitan Islam

Kesan-kesan kebangkitan Islam hari ini boleh dinilai berdasarkan kepada faktor-faktor berikut:
(i) Pertambahan umat Islam.
Senario positif daripada kebangkitan Islam yang paling ketara ialah pertambahan umat Islam di serata dunia termasuk di Eropah. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjelang tahun 2000 masyarakat Islam dijangka akan menjadi satu perempat dari penduduk dunia bersamaan 1.5 bilion. Senario yang sama juga boleh dilihat di negara-negara Benua Barat. Umat Islam di negara tersebut bukan sahaja bertambah dari segi bilangannya, tetapi telah bangkit sebagai sebuah negara yang berasingan daripada pemerintahan komunis.

(ii) Bertambah kesedaran untuk melaksanakan syariat Islam dalam semua aspek kehidupan. Kesedaran untuk mengamalkan Islam sama ada individu atau negara walaupun mendapat tentangan pihak pemerintah dan pihak Barat. Contoh: Kesanggupan pelajar wanita Islam di Perancis berhenti meneruskan pengajian mereka demi mempertahankan pemakaian hijab (pakaian menutup aurat). Negara Sudan di bawah pemerintahan Hassan al-Turabi turut melaksanakan syariat Islam. Beliau bersedia menerima kecaman pihak Barat dan negara-negara Arab yang lain semata - mata mahu membangunkan negara mengikut syariat Islam

(iii) Kesangupan umat Islam mengorbankan harta, masa bahkan jiwa demi berjihad ke jalan Allah

Sepanjang sejarah Islam sentiasa ada tokoh-tokoh dan pejuang-pejuang Islam yang bersedia mengorbankan segala-galanya demi menegakkan agama Islam. Contoh: Perjuangan tentera Mujahiddin di Afghanistan, Perjuangan tentera Chechen di Chechnya, Perjuangan gerakan Hamas di Palestin dan lain-lain tempat di segenap pelusuk dunia Islam.

(iv) Tentangan dalam berbagai bentuk yang ditunjukkan oleh musuh-musuh Islam terutamanya pihak Barat

Kesimpulan

Kebangkitan semula Islam hari ini, telah memperlihatkan banyak kesan dan perubahan. Selain daripada pertambahan bilangan penganutnya, kesan yang paling ketara ialah bertambah mendalam sikap prejudis Barat terhadap umat Islam. Semenjak runtuhnya empayar Soviet Union menjadikan Barat kehilangan saingan. Justeru itu mereka telah meletakan Islam sebagai saingan dan pencabar baru tamadun Barat.

Reaksi Barat Terhadap Kebangkitan Islam

Barat melihat kebangkitan Islam pada hari ini sebagai satu ancaman kepada mereka. Justeru itu mereka melakukan berbagai bentuk perancangan untuk membantut kebangkitan Islam.

Secara ringkas ada lima sebab utama:

(i) Tamadun Islam adalah satu-satunya tamadun yang mempunyai sejarah kegemilangan melampaui sejarah tamadun Barat. Tamadun lain seperti India dan China tidak mempunyai keagungan berbanding tamadun Islam.

(ii) Penentangan umat Islam terhadap usaha penjajahan yang dilakukan oleh Barat. Termasuklah usaha mengembangkan ideologi Kapitalis-Liberal sebagai nilai universal. Pertentangan Barat dengan Islam lebih mirip kepada pertentangan antara ideologi dengan aqidah.

(iii) Kepentigan Geo-Politik - Geo-politik yang dimaksudkan ialah kedudukan negara-negara Islam yang strategik. Kebanyakan negara-negara Islam adalah terletak di kawasan Rimland - pesisir pantai. Selain itu negara-negara Islam juga menguasai jalan yang menghubungi Heartland dengan Rimland. Contohnya Balkan, Caucasio dan Central Asia serta jalan laut terpenting seperti Teluk Parsi, Laut Merah, Selat Melaka, selat Sunda dan terusan Suez.

(iv) Kepentigan Geo-Ekonomi - Kelebihan negara-negara Islam dari segi geokonomi. Sebagai contoh simpanan minyak banyak dimiliki oleh negara-negara Islam.

(v) Propaganda Zionisma - Sejak berakhir perang dingin, Israel memperkuatkan lagi propagandanya memburuk-burukkan gerakan Islam. Contohnya: Sidang kemuncak Damai yanag berlangsung di Sharm El-Sheikh pada 13 Mac 1996 mengumpul para pemimpin daripada 27 negara bertujuan untuk mempertegaskan komitmen mempertahankan "Proses Damai" di Asia Barat. Di antara beberapa keputusan yang telah diambil ialah usaha memerangi keganasan yang digelar Fundamentalis. Fundamentalis yang dimaksudkan di sini ialah kelompok Islam seperti kumpulan Hizbullah dan kumpulan Hamas yang menentang regim Yahudi. Propaganda Zionis dilakukan melalui tiga cara iaitu:

(a) Melalui penulisan akedemik
(b) Melalui penggubalan Dasar Luar Amerika
(c) Melalui penayangan filem

Bentuk-bentuk Reaksi Negatif Barat

Reaksi yang ditunjukkan oleh Barat amat negatif sekali, ini dapat dilihat dalam berbagai bentuk seperti berikut:

(i) Melabelkan negara yang enggan tunduk kepada mana-mana logik Barat sebagai fundamentalis (mengikut perspektif Barat ialah pelampau agama), militan, terrorist yang menaja kegiatan pengganas antarabangsa. Contoh: Mengistiharkan Sudan sebagai pusat latihan pengganas. Tindakan menangkap dan mempenjarakan Syeikh Umar Abdel Rahman seorang ulama tua dan buta dengan alasan sebagai pencetus keganasan di Amerika.

(ii) Menyalahgunakan kuasa dan mengenepikan peraturan antarabangsa. Contoh: Semasa perang telok, serangan Amerika dan tentera bersekutu telah mencabul hak kemanusiaan di mana ribuan wanita dan kanak-kanak Iraq dibunuh dan kemudahan awam dihancurkan. Menaja Perjanjian Dayton yang lebih memihak kepada pengganas Serbia. Perjanjian damai Arab Israel yang dimenterikan pada September 1993 lebih memihak kepada Israel.

(iii) Menyokong pemerintah yang berjiwa sekular memerintah negara Islam. Contoh: Sokongan barat terhadap Presiden Mesir Hosni Mubarrak yang sanggup memerangi dan membunuh pejuang-pejuang Islam di Mesir. Kesediaan pihak British memberi perlindungan kepada Salman Rushdi, penulis novel The Satanic Verses.

(iv) Mengenakan sekatan Ekonomi dan sekatan senjata untuk melemahkan negara Islam daripada terus bangkit. Seperti apa yang dikenakan ke atas Iraq, Libya, dan Bosnia.

(v) Memonopoli sumber kekayaan negara Islam. Contoh: Merancang beberapa strategi untuk terus menguasai minyak di rantau Teluk. Di antaranya Britain telah sengaja mencari jalan supaya harga minyak jatuh di kalangan negara-negara OPEC dengan cara enggan bekerjasama mengurangkan bekalan minyak mentah di pasaran. Kesan daripada itu harga minyak mentah di 13 negara OPEC jatuh dalam pasaran minyak dunia. Kempen anti kayu tropika di Asia Tenggara Kesatuan Perdagangan Eropah telah mencadangkan satu levi ke atas pengimpot kayu tropika. Di Amerika, Kelab Sierra telah menyediakan senarai bagi negara-negara yang patut diboikot. Mereka mengatakan bahawa penebangan pokok akan menyebabkan kemusnahan alam sekitar. Indonesia merupakan pengeluar kertas terbesar telah membatalkan penebangan 850,000 hektar hutan bagi mengelakan isu-isu negatif ekoran pengharaman pengimpotan kayu oleh negara Barat. Secara tidak langsung mengakibatkan kejatuhan harga tempatan dan harga eksport.

(vi) Mengamalkan diskriminasi perkauman terhadap minoriti Islam di dalam negeri dan peringkat antarabangsa. Contoh: Sikap Barat dalam menangani sengketa antara Armenia dan Arzabaijan lebih memihak kepada Armenia.Armenia menerima US800juta dari Washington, sedangkan Arzabaijan menerima hanya sebanyak US30 juta. Selain bantuan kewangan, Armenia juga menerima bekalan senjata daripada pihak luar.

(vii) Media Barat sentiasa mencari peluang mengeksploitasi berita-berita yang boleh menghina Islam Contoh: Kes perkahwinan Sarah-Musa yang disifatkan sebagai satu pelanggaran hak asasi dan kebajikan kanak-kanak Britain.

Sikap Islam dalam Menangkis Reaksi Nagetif Barat

(i) Mengakui hakikat permusuhan mereka terhadap Islam. Pada anggapan orang-orang Kristian, Islam dikatakan agama ciptaan orang-orang Arab yang diciplak daripada agama Kristian dan Yahudi, Islam dikatakan menyeleweng daripada agama asal, dan perlu ditentang. Selain daripada itu penentangan mereka jelas terbukti dalam sejarah perang Salib, sejarah kolonialisme dan emperialisme. Hakikat permusuhan mereka terhadap Islam di jelaskan oleh Allah dalam firmanNya
Terjemahan: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Surah al Baqarah:120)

(ii) Memperbaiki imej Islam
Dua pendekatan digunakan bagi menangkis reaksi negatif Barat. Pendekatan pertama menerusi penerangan - mendedahkan segala bentuk-bentuk propaganda Barat. Pendekatan kedua umat Islam perlu mempamerkan keupayaan dan kebolehan dalam semua aspek kehidupan. Seperti kata pepatah Inggeris "Action speaks louder than words". Tonjolkan Islam bukan sahaja sekadar agama bersifat moral, tetapi juga agama yang bercorak praktis dan maju.

(iii) Mengurangkan kebergantungan umat Islam kepada Barat.
Walaupun dunia Islam hari ini dikatakan zaman kebangkitan, namum masih lagi tunduk kepada kuasa Barat. Sebahagian daripada negara-negara Islam terpaksa bergantung kepada bantuan ekonomi, ketenteraan dan senjata dari Barat. Sebagai contoh, Kuwait atau keluarga al-Sabah banyak mendapat perlindungan dari Amerika. Beliau terpaksa tunduk kepada dasar yang ditentukan oleh Amerika dan sekutunya.

(iv) Membangunkan negara mengikut kaedah Islam
Umat Islam hari tidak boleh sekadar berbangga dengan pencapaian umat Islam silam, kerana pencapaian mereka sudah jauh meninggalkan kita. Justeru itu umat Islam mestilah bekerja keras untuk merealisasikan kaedah-kaedah Islam dalam kontek pembangunan negara supaya masyarakat dunia dapat melihat kewibawaan Islam dan sekaligus mengikis segala tanggapan negatif Barat.

Kebangkitan Islam Di Malaysia

Sejarah Kebangkitan Islam di Malaysia ianya boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:
(i) Peringkat pertama Sejarah awal kedatangan Islam ke alam Melayu. Peranan yang dimainkan oleh kerajaan Melayu Melaka, Pasai, Perlak, Aceh dan lain-lain serta disokong oleh mubaligh Islam telah menimbulkan satu kesedaran baru di kalangan penduduk setempat. Islam telah mampu merubah jiwa dan watak masyarakat Melayu menjadi lebih bertamadun, cinta kepada ilmu pengetahuan dan hidup lebih bersistem.

Di antara perubahan yang telah dibawa oleh Islam:

1. Aspek kepercayaan dan pemikiran - kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa perubahan yang paling hebat kepada kepecayaan dan pemikiran masyarakat Melayu. Penekanan Islam kepada Rukun Iman dan Rukun Islam sebagai pokok ajaran telah berjaya mengantikan kepercayaan Hinduisma dan Animisma. Islam juga menekankan unsur-unsur rasional dalam ajarannya, seperti suruhan supaya berfikir, mengkaji dan menuntut ilmu.

2. Aspek sosio-budaya - Islam berjaya mengikis unsur-unsur Hindu dalam masyarakat Melayu, seperti perhambaan, kezaliman dan kasta kepada persamaan taraf, keadilan sosial yang menyentuh tentang hak dan tanggungjawab sesama manusia. Aspek kesenian kesusasteraan dan berpakaian telah bertukar kepada ala Islam

3. Aspek politik dan pemerintahan - banyak unsur politik dan pemerintahan Islam telah mempengaruhi politik masyarakat Melayu. Di antaranya konsep raja dalam agama Hindu bertukar kepada sultan sebagai pemerintah dalam Islam. Undang-undang Islam juga berjaya mempengaruhi undang-undang negara pada masa itu seperti dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang- Undang Laut Melaka.

4. Aspek ekonomi - Islam turut merubah kegiatan ekonomi masyarakat Melayu. Contohnya kebendaan bukanlah matlamat utama dalam kegiatan ekonomi mereka, tetapi akhirat menjadi matlamat akhir. Kegiatan ekonomi berlandaskan kepada hukum halal dan haram dan menekankan unsur-unsur kebajikan serta mengelakkan penipuan.

Kedatangan Islam dengan proses Islamisasinya berjaya mewujudkan kebangkitan Islam di peringkat awal di Tanah Melayu.

(ii) Peringkat kedua - Semasa penjajahan Barat
Kebangkitan Islam diperingkat pertama mula malap dengan kedatangan penjajah British pada abad ke-18. Banyak perubahan yang telah dibawa oleh Inggeris. Termasuklah proses sekularisasi yang berjaya membawa masyarakat melayu semakin lupa pada agama. Dalam masa yang sama ajaran-ajaran Islam banyak bercampur aduk dengan berbagai-bagai unsur syirik, khurafat dan bidaah.

Situasi di atas telah mendorong tokoh-tokoh Islam pada masa itu untuk mewujudkan gerakan refomasi di Tanah Melayu. Pada peringat awal gerakan ini dipimpin oleh mereka yang kembali dari Timur Tengah, yang banyak dipengaruhi suasana kebangkitan Islam di sana. Diantaranya ialah Syed Sheikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaludin, Tok Kenali, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan lain-lain lagi.

Usaha-usaha dilakukan untuk menerapkan kembali perjuangan Islam melalui dua bidang iaitu melalui pendidikan dan penulisan.

i. Bidang pendidikan ialah dengan menubuhkan sekolah-sekolah agama (madrasah) dan institusi pondok, seperti Madrasah al- Mashur (1919) di pulau Pinang, Madrasah Idrisiah di Kuala Kangsar, Madrasah Muhammadiah (1917) di Kelantan dan lain- lain lagi. Manakala institusi pondok banyak didirikan di Pantai Timur dan utara Tanah Melayu.

ii. Bidang penulisan - melalui kitab, akhbar dan majalah. Diantaranya majalah al-Iman (1906) diikuti majalah Neraca (1911) diterbitkan oleh Syeikh Muhammad Tahir Jalaludin bersama rakan-rakannya Syed Sheikh al-Hadi, Haji Agus Mohamad Taha dan Salim al-Kalali. Majalah al-Ikhwan (1926) dan majalah Saudara (1928). Majalah Pengasuh (1918-1938) diterbitkan oleh Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Majalah-majalah ini amat berpengaruh dalam mengubah sikap dan pemikiran masyarakat Melayu pada masa itu.

Kesan perjuangan tokoh-tokoh dan gerakan yang ada pada masa itu telah berjaya: Menegakkan ajaran Tauhid yang mumi dan membanteras penyelewengan dan kesesatan. Memupuk perjuangan menentang penjajah (anti Malayan Union). Kesedaran untuk mengubah sikap dan pemikiran masyarakat dalam aspek politik dan ekonomi.

(iii) Peringkat ketiga — di era kemerdekaan Tanah Melayu
Gerakan refomasi berteraskan agama mula malap di akhir tahun 1920-an dengan munculnya golongan Nasionalisma Melayu yang mendapat pendidikan Inggeris. Golongan ini banyak menerajui kepimpinan negara sebelum dan selepas merdeka. Perjuangan tokoh-tokoh sebelum ini disambung oleh tokoh-tokoh seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestaman, Ishak Haji Mohammad, Senu Abdul Rahman, Dato' Onn, dan Tungku Abdul Rahman. Perjuangan mereka lebih kepada mengubah masyarakat Melayu agar mereka memiliki harga diri di Tanah Air sendiri.

Dalam masa yang sama Gerakan Islam yang turut berjuang menentang penjajahan British ialah Hizbul al-Muslimin. Gerakan yang berlandaskan perjuangan politik ini ditubuhkan pada tahun 1948, diketuai oleh Tuan haji Abu Bakar al-Baqir. Kemunculan Hizbul al-Muslimin membimbangkan British dan pada awal tahun 1950 pertubuhan ini telah diharamkan. Pada tahun 1951 Parti Islam Se Malaysia pula ditubuhkan untuk meneruskan perjuangan tersebut.

Selepas merdeka, Tanah Melayu terus dipimpin oleh golongan elit cendikiawan Melayu yang berpendidikan sekular. Kepimpinan tokoh-tokoh ini telah melemahkan semangat keislaman kerana kegairahan mereka untuk membangunkan negara mengikut model Barat.

Kegagalan membangunkan negara berteraskan agama Islam dan banyak masalah-masalah sosial menyebabkan bangkitnya satu suasana untuk kembali kepada Islam.Kesedaran ini muncul di kalangan para pelajar institut pngajian tinggi dan para belia.

(iv) Peringat keempat Tahun 1970-an sehingga kini

Peringkat ini dianggap era kebangkitan Islam di Malaysia yang telah banyak memberi kesan kepada senario politik, sosial, dan ekonomi negara. Semenjak tahun 1970-an sehingga tahun 1990-an berbagai gerakan Islam telah ditubuhkan yang turut menyumbang kepada kebangkitan Islam di Malaysia.

Cabaran dalam Kebangkitan Islam di Malaysia
Kebangkitan Islam terpaksa menghadapi banyak cabaran, sama ada cabaran dalaman atau luaran. Berikut di antara cabaran yang sentiasa menggugat proses kebangkitan Islam di Malaysia kini.

(i) Salah satu masalah yang menonjol hari ini ialah wujudnya ajaran sesat dan tarekat yang menyeleweng dikalangan umat Islam, sehingga menimbulkan kekacauan kepada akidah dan pemikiran masyarakat. Ajaran sesat ini tersebar di merata tempat di negara kita dengan berbagai nama dan mempunyai ajarannya tersendiri. Di Johor terdapat ajaran Taslim Kadirunyahya, Naqsabadiah, Mufridiah, ajaran Abu Bakar Bapu dan lain-lain. Mereka bergerak di bawah label tasawuf, menyebabkan orang awam mudah terpengaruh dengan ajaran mereka. Kini terdapat penyelewengan lain seperti aliran anti Hadis, ajaran Syiah, dan amalan nikah Mutaah. Ajaran-ajaran sesat ini memberi cabaran kepada kebangkitan Islam kerana menggugat akidah, amalan dan sikap hidup mereka tambahan pula gerakan mereka ini dilakukan secara sulit dan amat sukar dikesan.

(ii) Reaksi negatif masyarakat Non-Muslim - walaupun proses Islamisasi telah berjalan begitu lama di negara kita, namun sikap prejudis dan salah tanggapan mereka terhadap Islam masih tebal. Bagi mereka, Islam adalah milik orang-orang Melayu sahaja. Segala kelemahan dan keburukan orang Melayu memberi gambaran negatif kepada Islam itu sendiri.

Selain itu masyarakat Non-Muslim di Malaysia secara terang-terangan menolak proses Islamisasi yang dilakukan oleh kerajaan. Di antara tindakan mereka ialah menubuhkan Majlis Perundingan Agama-Agama (Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh) pada bulan Ogos 1983. Pada 14 Januari 1986 tertubuhnya The Chiristian Federation of Malaysia (CEFM) yang menyatukan pelbagai aliran dan mazhab Kristian dalam satu persatuan. Pertubuhan ini bertujuan mengimbangi suasana kebangkitan Islam di Malaysia.

(iii) Perpecahan di kalangan umat Islam - perpecahan ini membantut perkembangan dakwah di negara ini.

(iv) Kemasukan budaya liar dan gejala-gejala negatif dari luar. Kemasukan budaya liar mengakibatkan gejala sosial yang serius terutama di kalangan remaja. Di Malaysia kebanyakan golongan remaja mengamalkan cara hidup hedonistik dan terlibat dalam penyakit sosial seperti dadah, disko, sex bebas dan budaya hidup liar.

(v) Pengaruh idelogi Barat - umat Islam hari ini masih lagi didominasi oleh ideologi Barat, terutama sekali dalam sosio-budaya mereka.

(vi) Perkembangan teknologi telekomunikasi - hari ini terdapat berbagai teknologi telekomunikasi yang canggih seperti Intenet, parabola, media elektronik dan lain-lain. Pelbagai gejala negatif akan menyeruap masuk melalui media ini dan tentu sekali sukar untuk dibendung oleh mana-mana gerakan dakwah. Realitinya kita melihat media hari ini lebih menonjolkan hiburan dengan mempamerkan tokoh-tokoh penghibur tempatan dan luar yang menjadi kegilaan masyarakat kita. Sedangkan Rancangan berbentuk agama yang menampilkan tokoh-tokoh cendikiawan Islam dikesampingkan.

Langkah-langkah dan Strategi

(i) Mempertingkatkan komitmen ummah terhadap ajaran Islam - keimanan dan keyakinan kepada ajaran Islam menjadi perisai utama dalam menangkis segala bentuk cabaran. Sama ada cabaran dalam bentuk pemikiran atau yang dirancang oleh musuh-musuh Islam.

(ii) Penguasaan ilmu pengatahuan dan teknologi – penguasaan ilmu pengetahuan merupakan langkah yang paling berkesan dalam menghadapi cabaran. Sejarah silam telah membuktikan bahawa kemajuan dan ketinggian tamadun akan dapat dicapai melalui kegigihan mempelajari, mengkaji dan menyelidik dalam pelbagai bidang ilmu. Sistem pendidikan juga hendaklah bersepadu dan perlu diadakan usaha-usaha ke arah pengislaman ilmu.

(iii) Membentuk perpaduan ummah - perpaduan umah perlu diutamakan demi menjaga keutuhan umat Islam dan mengelak daripada berlaku perpecahan dan berpuak-puak dalam masyarakat. Perpecahan akan memudahkan pihak musuh menghancurkan Islam.

(iv) Peranan semua pihak - mungkin timbul persoalan siapakah yang sepatutnya berperanan? Dalam keadaan ini pihak pemerintah, ulama, gerakan-gerakan Islam dan seluruh umat Islam mesti bersatu tenaga dalam menyusun strategi untuk menangkis serangan jahat musuh Islam.

• Pemerintah mempunyai kekuasaan dan kemampuan dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mengatasi segala cabaran.

• Ulamak sebagai pewaris nabi mesti berperanan menyeru kepada kebenaran serta pemberi petunjuk kepada umat manusia ke jalan yang benar. Ulama amat penting membina genarasi Islam supaya sedar dan mempunyai iltizam kepada tuntutan Islam.

• Gerakan-gerakan Islam hendaklah bekerjasama dalam membina masyarakat bukannya menghabiskan masa dan tenaga bertelagah sesama sendiri.

• Setiap individu muslim perlu memberi sokongan kepada pemerintah, ulama, dan gerakan Islam yang mahu menegakkan Islam. Masing-masing mempertingkatkan keimanan supaya mampu menghadapi serangan dan dakyah daripada musuh- musuh Islam.

Kebangkitan Islam sekarang ini tidak memadai dengan semangat semata-mata, tetapi hendahlah diiringi dengan ilmu pengetahuan, perancangan dan kebijaksanaan. Cabaran besar ini hendaklah dipikul oleh semua pihak sama ada pemerintah, cendikiawan atau ulama, gerakan-gerakan Islam dan semua individu muslim mengikut keupayaan masing-masing.

No comments:

Post a Comment