Wednesday, December 16, 2009

5 - Dunia Islam dan Cabaran Kontemporari

Isu Keganasan

ISLAM yang damai dan Islam yang sejuk nyaman merupakan misi Rasulullah s.a.w. dalam mengembang dan mencipta kehidupan yang adil di muka burnt, agar ia tidak dieksploitasi oleh manusia ke atas manusia lain. Walaupun atas nama apa saja: agama, politik ataupun ideologi tertentu, tujuannya tidak lain agar manusia kembali pada kesaksian awalnya, iaitu tiada tuhan yang patut disembah melainkan Allah.

Ajaran Islam selalu menawarkan keindahan akhlak, bukan menaburkan onak di lorong-lorong lebar kemanusiaan. Dalam rahim Islam, janin-janin rahmat itu siap dilahirkan untuk memberikan kesejukan kepada semesta alam. Peristiwa serangan bom di Bali memperlihatkan bagaimana jalan kekerasan atau pembunuhan menjadi misi dan agenda golongan-golongan tertentu bagi mencapai cita- cita dan matlamat. Lebih tidak adil lagi ialah apabila setiap keganasan yang herlaku itu dikaitkan dengan perbuatan orang Islam.

Menurut Rasulullah s.a.w, seorang yang beriman adalah orang yang menjaga dengan baik kehidupannya dan juga orang lain dengan aman apabila berada di tangannya (bersifat amanah). Itu tidak lain kerana Islam adalah agama damai.

Al-Quran menyebut jalan ini sebagai jalan keselamatan (al-Maaidah: 16). Ini juga menunjukkan bahawa rekonsiliasi (ishlah) adalah sebagai jalan terbaik (al-Nisa ; 128) Dan juga ditegaskan bahawa Allah sama sekali tidak menyukai kerosakan di muka bumi (al-Baqarah : 205).

Memang di dunia ini apabila disebut perdamaian, ia masih merupakan suatu persoalan vang sangat ilusif. Perbezaan, baik politik ataupun bukan terus ada dan tidak mungkin dihilangkan antara individu, antara kumpulan ataupun antara muslim dengan muslim yang lain. Jika setiap manusia menolak untuk bersikap toleransi dan terbuka dalam menghadapi perbezaan dan memaksakan apa yang menjadi kehendaknya, maka kedamaian tidak mungkin wujud di dunia ini. Demikianlah, dengan konflik serta keganasan yang berlaku di merata-rata tempat di dunia ini. Seseorang yang tidak memiliki rasa toleransi, maka ia bukan manusia dalam pengertian dan ekspresi yang sebenar. Saat seseorang memuncak kemarahannya pada hal-hal yang dibenci, maka hal itu merupakan bukti nyata daripada kelemahan yang ada dalam dirinya.

Memang banyak orang yang tidak mahu mengaku prinsip toleransi sebagai sesuatu yang abadi. Pada keadaan yang sangat mendesak dan tersepit, keinginan untuk membalas dendam menjadi sangat kuat. Perasaan marah yang disertai reaksi negatif demikian hendaknya dilepas dengar sebebas-bebasnya.

Orang yang memiliki cara berfikir demikian akan berada dalam sebuah ilusi, bahawa apa yang dilakukan tidak ada yang melanggar hukum sama sekali.

Pandangan seperti ini sangatlah tidak tepat. Kerana kenyataannya, apabila kemarahan seseorang memuncak akibat ada hal yang menyerang diri dan kemahuannya, seharusnya sikap toleransi itu jadikan sebagai prioriti utama.

Sifat manusia yang kebiasaannya berusaha menjelmakan dirinya sebagai superman. Padahal manusia super adalah mereka yang mampu mengimbangi sikap toleransi dalam menghadapi situasi paling sulit dan berat.

Di dunia ini kesatuan hanya akan dicapai dengan belajar untuk bersatu dan bukan belajar berbeza atau pun memaksakan kesatuan tanpa menafi adanya perbezaan. Untuk menghapuskan semua perbezaan yang ada, tentu merupakan hal yang tidak mungkin dilakukan. Rahsia pencapaian kedamaian dalam keludupan adalah toleransi terhadap adanya perpaduan atas kedamaian itu sendiri.

Agama, sebagaimana difahami dalam ajaran Islam, secara dasar adalah tindakan yang menampakkan kecintaan kepada Allah dan keinginan agar umat manusia menjadi baik. Firman Allah:


Terjemahan: (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (Surah al Baqarah: 165)

dan firmanNya lagi


Terjemahan: Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam ugama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)". (Surah hud: 118-119)

Mengapa demikian? Sebab Allah sendiri telah memberikan kemerdekaan dan kebebasan memenuhi kehendak kepada manusia untuk memilih jalan hidupnya. Termasuk dalam hal beragama, Allah tidak memaksa manusia, sebaliknya berserah apakah dia akan beragama Islam atau tidak?

Kemerdekaan yang dikurniakan Allah itu sebenarnya juga merupakan bahagian daripada rahmat-Nya, di mana manusia benar-benar diberi kebebasan untuk memilih jalan taat atau mengingkari agama yang dibawa oleh Rasul-Nya.

Cuma kalau umat Islam kadang-kadang menunjukkan sikap keras dan garang, itu lebih banyak disebabkan oleh adanya pengkhianatan daripada pihak luar. Atau mungkin juga kerana banyak orang luar daripada Islam telah melakukan hal-hal yang tidak benar dalam menyebarkan agama. Misalnya, mendekati umat lain dengan menggunakan cara-cara yang tidak adil, dan tidak beretika seperti mengadakan kegiatan sosial tapi hanya sebagai alat untuk merampas iman orang lain.

Untuk menghindarkan umat beragama daripada bersikap fanatik, maka diperlukan pendewasaan sikap dan tingkah laku keagamaan, melalui peningkatan pemahaman agama secara luas dan benar.

Ertinya, pemahaman agama harus dilakukan tidak hanya daripada satu sisi, tapi dari pelbagai sisi, sehingga dapat menunjukan wajah agama secara utuh iaitu agama yang membimbing manusia ke arah kebenaran dan mampu memberikan rasa kedamaian, kerukunan dan kesejahteraan umat manusia, baik umat yang seagama mahupun bukan se agama.

Isu Barat
Merdekakah negara-negara Islam dalam konteks politik dunia hari ini? Persoalan ini timbul khususnya selepas setengah abad tamatnya Perang Dunia Kedua, negara-negara Islam terpaksa menanggung beban yang berat akibat daripada kemelut dan konflik yang melanda dunia dan melibatkan umat Islam sejak itu.

Umat Islam di merata dunia bukan sahaja terpaksa membayar dengan darah, pengorbanan fizikal dan psikologi malah dipaksa melalui saat-saat yang amat memalukan serta hina yang menggugat maruah dan kredibiliti mereka sebagai ummah dan sekali gus manusia.

Pencabulan dan penafian hak, secara langsung amat ketara seperti yang berlaku di Palestin, Bosnia, Chechnya, Kosovo, Afghanistan dan Iraq. Sementara secara tidak langsung kesan pencabulan ini dapat dirasakan di hampir kesemua negara Islam.

Hampir kesemua negara Islam sama ada sedar atau tidak, terpaksa berterima kasih kepada kuasa Barat sebelum mereka memperoleh kebebasan untuk merdeka dan mengurus negara mereka sendiri. Hampir boleh dikatakan semua negara Islam yang dikatakan merdeka pada hari ini sebenarnya tidak merdeka.

Kemerdekaan mereka bersyaratkan kepada sejauh mana mereka tidak mengancam Barat. Sebaik sahaja Barat terancam, pasti Barat akan melakukan sesuatu untuk mencegahnya.

Kebebasan bersyarat yang mereka peroleh itu terpaksa mengorbankan bukan sahaja nyawa, malah banyak perkara termasuk tanah, harta, budaya, dan harga diri umat Islam. Jika disetujui oleh Barat, maka akan lebih senanglah mereka merdeka dan menguruskan negara mereka sendiri.

Tetapi jika sebaliknya, perjalanan negara berkenaan untuk mengembalikan maruah dan hak mereka terpaksa berlanjutan dan beranjau seperti yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan dan beberapa negara lain. Apa yang membezakan keadaan ini di negara Islam lain ialah tahap kegawatan di negara masing-masing dan sejauh mana Barat berasa terancam.

Di sesetengah negara Islam yang walaupun merdeka, tekanan diberikan dalam pelbagai bentuk untuk memastikan mereka terus terikat dengan sistem yang diakui dan direstui oleh Barat. Pelbagai cara dilakukan Barat dan yang paling ketara menggunakan manipulasi sistem politik dan ekonomi dunia yang mereka ciptakan.

Ini boleh dibuktikan apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dijadikan alat mencapai agenda hegemoni berterusan mereka.

Amat malang kepada kita apabila sistem ini tidak boleh mereka pakai, seperti yang berlaku di Iraq baru-baru ini, sistem diketepikan dan mereka tetap dengan agenda buruk yang tersirat itu dengan cara mengetepikan PBB dan bertindak secara unilateral.

Di Turki umpamanya, umat Islam disyaratkan secara tidak langsung mengubah berat sebelah Islamik mereka sebelum ini kepada sekularisme dan membolehkan kerajaan pimpinan Mustafa Kamal Attartuk memerintah atas nama merdeka tetapi berterusan diikat oleh Barat sehingga kini dalam apa juga tindak-tanduknya kecuali dalam perkara yang tidak bertentangan dengan kepentingan Barat.

Hakikat ini mudah kita fahami bila melihat secara umumnya Turki dan masyarakatnya lebih kebaratan berbanding sebelumnya. Keahlian Turki, satu-satunya negara majoriti penduduknya Islam dalam NATO juga boleh dijadikan bukti jelas hakikat ini.

Cuma sejak akhir-akhir ini kebangkitan semangat Islam itu dapat dilihat tetapi Turki masih dilihat amat berhati-hati demi mengelak berdepan dengan ancaman Barat secara terbuka.

Kita di Malaysia juga tidak terkecuali daripada ancaman berterusan Barat ini. Namun kita harus bersyukur dan berasa amat bertuah kerana kebijaksanaan dan pemikiran strategik pemimpin-pemimpin kita sejak merdeka telah membolehkan kita, walaupun diikat dengan syarat-syarat tertentu secara langsung atau tidak; memperoleh kemerdekaan daripada British pada 1957; mempertahankan kemerdekaan, membangunkan negara kita ke tahap yang ada; dan yang lebih penting secara paling berkesan mengelak Malaysia dijajah secara tidak langsung.

Kebolehan para pemimpin negara dalam mengawal dan mengatasi kegawatan politik, ekonomi dan kewangan membolehkan kita mengekalkan kemerdekaan kita.

Alhamdullilah Malaysia lebih merdeka daripada banyak negara Islam lain yang merdeka. Kemerdekaan yang terhad ini haruslah dipelihara dengan mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi yang sedia ada di samping berusaha mempertingkatkan usaha ke arah menguatkan negara dan ummah setanding dengan Barat. (Mohd. Roslan Mohd. Salaudin dalam Islam Hadhari: Himpunan Isu Kontemporari, 2005)

5.2 Isu Perpaduan Dunia Islam

Negara-negara Islam ini ada yang kaya dengan sumber semula jadi seperti minyak dan gas. Bagaimanapun kekayaan ini tidak menggambarkan kekuatan negara-negara Islam dalam menentukan arus dan arah politik dunia hari ini. Secara umum mereka berada dalam keadaan yang lemah. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan demikian, antaranya ada pengaruh dan cengkaman Barat ke atas mereka, kesatuan dan perpaduan yang lemah, kepimpinan yang tidak sehaluan dan masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.

Islam membentuk cara hidup manusia berasaskan hukum dan keadilan sejagat. Menjelaskan tentang hubungan manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia bermula daripada diri, keluarga, masyarakat dan negara, termasuk juga hubungan antarabangsa. Dalam konteks ini Islam meletakkan hak dan tanggungjawab seseorang. Bagaimanapun dalam Islam tidak ada 'kebebasan mutlak'. Setiap orang itu boleh menggunakan haknya dengan batasan, jika tidak nescaya dia akan mengganggu atau menceroboh hak dan kebebasan orang lain.

Islam menerima konsep 'perjanjian dan perdamaian' dengan negara jiran dan pihakbukan Islam. Ini telah ditunjukkan dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyah dan dalam hubungan luar Rasulullah s.a.w. dengan negara-negara jiran. Islam membenarkan orang bukan Islam mempunyai hak memasuki negara Islam.

Bahkan dengan kebenaran tersebut Islam memberi jaminan keselamatan ketika mereka berada dalam negara Islam. Mereka diberi kebebasan untuk tinggal dan mengamalkan agama mereka mengikut kepercayaan masing-masing.

Islam tidak membenarkan peperangan dilancarkan ke atas sesiapa pun kecuali dengan perintah ketua negara dan oleh sebab-sebab yang sahih seperti mempertahankan diri. Dalam pada itu terdapat peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membunuh orang awam, orang tidak upaya, orang tua, kanak- kanak dan perempuan. Orang yang terkorban hendaklah dihormati. Tidak dibenarkan memusnahkan rumah kediaman, makanan dan pokok buah-buahan. Rumah ibadat tidak boleh diceroboh. Bahkan ketika Nabi memasuki Kota Mekah, jaminan keselamatan telah diberikan. Jika dalam keadaan peperangan pihak musuh mahu kepada perdamaian, Nabi menyuruh supaya menyahut secara positif seruan 'perdamaian'.

Tidak ada sebuah negara di dunia ini yang boleh hidup dan maju tanpa mempunyai hubungan dengan negara lain. Ini ialah satu kenyataan dan bukan andaian kerana tidak ada sebuah negara di dunia ini yang mempunyai segala-gala sehingga tidak memerlukan dunia luar.

Dalam hubungan ini prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni ialah suatu matlamat dalam hidup bermasyarakat, iaitu dengan melaksanakan tanggungjawab dan pada masa yang sama menghormati hak-hak individu, masyarakat dan negara. Dalam hubungan sedemikian kita tidak boleh melakukan sesuka hati terhadap orang lain dengan mengambil undang-undang di tangan sendiri. Sikap prejudis Barat terhadap Islam sangat jelas. Sikap demikian berlaku disebabkan antara lain tidak ada kefahaman yang betul tentang Islam dan kesan daripada Perang Salib yang telah berlaku antara Islam dengan Kristian.

Negara-negara Islam digolongkan dalam kumpulan negara tidak membangun dengan mempunyai masalah domestik yang tersendiri seperti kemiskinan, buta huruf yang tinggi, pengangguran dan taraf hidup yang rendah. Senarai data 20 negara terbaik tidak terdapat nama negara Islam kecuali Malaysia. Ini mencerminkan betapa ketinggalan dan mundur sesetengah negara-negara Islam.

Undang-undang secara bersendiri tidak mampu untuk menyelesaikan masalah tingkah laku manusia. Undang-undang ialah sesuatu halangan atau pencegahan yang bersifat luaran yang tidak mengambil faktor dalaman diri manusia. Moral atau akhlak mempunyai nilai yang tersendiri dalam pembentukan sahsiah, akhlak yang tinggi berpandu kepada ilmu dan kefahaman ajaran agama yang betul.

Neraca moral seperti keadilan, persamaan, toleransi terhadap kemanusiaan, menolak diskriminasi, persahabatan sejagat tanpa mengira fahaman agama dan bangsa, tidak ekstrem dan agresif tetapi sederhana ialah tuntutan Islam. Dalam sebuah buku al-Qiyadah wa al-Judiyyahfi al-Islami menghuraikan maksud jihad yang difahami oleh sebahagian orang Islam iaitu al-Harb al-Muqaddasah dengan matlamat untuk meninggikan kalimah Allah dan penyebaran dakwah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Dengan demikian jihad bagi mereka ialah peperangan, titisan darah, pembunuhan dan tawanan.

Dalam buku al-Jihadfi al-Islam menyatakan, bahawa jihad fisabilillah bertujuan membawa kebaikan, keadilan dan kebenaran. Apakah jihad itu terbatas kepada pertumpahan darah dan adakah dakwah yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w itu penuh dengan kekerasan dan penyebaran dalam bentuk penyerangan ke atas lawan? Cara-cara demikian bertentangan dengan sirah Rasulullah s.a.w. Sebenarnya Islam tidak datang dalam bentuk keganasan dan sama sekali tidak boleh dikaitkan dengan terrorisme. Islam itu adalah damai, adil, toleransi dan perikemanusiaan. Bagaimanapun ada media lebih suka menghubungkan Islam dengan keganasan.

Imej ini perlu diperbetulkan. Sebenarnya keganasan juga berlaku di kalangan bukan Islam dan di kalangan negara bukan Islam, dan ada yang berlanjutan hingga ke hari ini.

Jihad mempunyai erti yang luas tidak terbatas kepada jihad dengan nyawa atau peperangan dan harta sahaja. Jihad termasuk jihad ke atas diri dengan memerangi hawa nafsu dan menuntut ilmu. Begitu juga memerangi kejahilan, menghapuskan kemiskinan, membanteras gejala sosial, membangunkan ummah, mengajak kepada perpaduan, meninggikan maruah dan syiar Islam. Terdapat kecenderungan melalui perkembangan semasa yang menghubungkan keganasan dengan Islam dan penganut Islam, sungguhpun dari segi politik, Barat cuba tidak menunjukkan sentimen anti-Islam atau orang Islam. Bagaimanapun, prejudis terhadap Islam di kalangan Barat tetap ada.

Pandangan yang beranggapan Islam mendatangkan 'ancaman' kepada Barat dapat dilihat dengan mengaitkan reaksi daripada tindakan keganasan yang dihubungkaitkan dengan orang Islam. Ini ialah pandangan kerajaan dan orang awam di Barat. Menjadi tugas setiap orang Islam dan kerajaan Islam memberikan imej yang sebenar tentang Islam dan menghuraikannya. Sebenarnya Islam itu indah, progresif, mencintai. (Abdul Monir Yaacob, 2005).

5.3 Cabaran Globalisasi Dalam Ekonomi, Sosial Dan Politik Dunia Islam

Konsep globalisasi adalah diterima pakai oleh masyarakat Malaysia yang sememangnya menjadi dasar masyarakat dan rakyatnya untuk berbaik-baik antara kaum di Malaysia dan sejagat. Bertitik tolak daripada pegangan ini, Malaysia telah mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Negara-negara Berkecuali, mengadakan kerjasama serantau dan memberi sokongan terhadap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia juga membuat hubungan khas dengan Negara-negara Anggota Komanwel yang telah ditubuhkan pada tahun 1931 dan diketuai oleh Ratu England. Malaysia juga telah menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang telah ditubuhkan pada tahun 1945 di San Francisco, Amerika Syarikat. Pertubuhan ini ditubuhkan dengan tujuan antara lain untuk mewujudkan keamanan dan mengadakan hubungan baik antara negara-negara anggota badan sedunia itu. Malaysia juga telah mengadakan hubungan khas dengan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) yang berpusat di Jeddah, Arab Saudi.

Dalam bidang ekonomi, Malaysia telah mengukuhkan kedudukan ekonomi dalam negaranya dengan berkesan dan baru-baru ini telah berjaya menangkis serangan penyangak mata wang dan kegawatan ekonomi. Dalam konteks luar negara, Malaysia telah mengadakan perdagangan antarabangsa dengan hampir semua negara dan mendapat keuntungan yang amat menggalakkan. Ini terbukti apabila simpanan luar Malaysia yang melebihi 30 billion dolar Amerika. Pengeluaran dan pengeksportan kereta Proton Malaysia telah membawa kejayaan luar biasa dari segi perindustrian dan hubungan dengan negara luar.

Dari segi sosial Malaysia juga telah berjaya memajukan kedudukannya dalam negara seperti mengekalkan keamanan, toleransi antara kaum, kebebasan beragama, pendidikan, kesihatan dan perpaduan. Dalam hubungan luar negara Malaysia amat prihatin dengan nasib negara-negara membangun (Selatan-selatan) dan juga mengadakan hubungan erat dengan negara membangun terutama kumpulan G-8. Malaysia juga telah memberikan sumbangan dari segi kewangan dan bantuan kemanusiaan kepada banyak negara seperti Indonesia, Kampuchea, Somalia, Iraq, Bosnia, Chechnya dan sebagainya. Malaysia juga mengadakan hubungan dengan kebanyakan negara kapitalis dan komunis serta mengamalkan dasar Pandang ke Timur (Jepun, Korea dan Taiwan). Yang pastinya, orang Melayu dan bahasa Melayu tetap unggul di Nusantara, bak kata Hang Tuah, 'Tidak Melayu hilang di dunia'. (Azhar Hj. Mad Aros, 2003:377)

5.4 Masa Depan Dunia Islam

Kebangkitan Islam boleh dilihat di merata tempat di dunia hari ini sama ada di Timur Tengah, Asia Tenggara, Afrika bahkan di Eropah dan Benua Barat sendiri. Istilah Kebangkitan Islam, Kebangunan Islam, Islamic Resurgence, Islamic Revivalism, Islamic Renaissance atau as-Suhwah al-Islamiah tidak lagi menjadi istilah yang asing kepada sebahagian besar anggota masyarakat apatah lagi di kalangan para cendikiawan dan pengkaji perubahan sosial.

Mengikut Chandara Muzaffar dalam bukunya Islamic Resurgence in Malaysia - Kebangkitan Islam ialah "Ungkapan yang menggambarkan usaha-usaha menegakkan semula nilai-nilai Islam, mempraktikkan amalan-amalan Islam, membangunkan kembali institusi-institusi Islam, menegakkan undang-undang Islam serta mengamalkan Islam secara keseluruhan dalam kehidupan setiap muslim. Ia adalah percubaan untuk melahirkan kembali etika Islam, peraturan-peraturan sosial Islam yang berpaksikan untuk membentuk insan muslim sejati berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

Mengikut Dr. Zohair Hussain - "Kebangkitan Islam ialah kembali minat terhadap syiar dan idea-idea Islam setelah mengalami satu jangka masa yang lesu"

Mengikut Alt E. Hillal Dessouk - Kebangkitan Islam ialah merujuk kepada "Peningkatan kegiatan politik atas nama Islam oleh pemerintah atau kumpulan pembangkang sepertimana yang diperjuangkan oleh gerakan-gerakan Islam di negara-negara Arab dan beberapa buah negara Islam yang lain.

Dengan kata lain, kebangkitan Islam ialah merujuk kepada peningkatan mengamalkan syiar Islam di dalam politik, sosial, dan kehidupan seharian umat Islam"

Kebangkitan Islam secara umumnya bolehlah dirumuskan sebagai tumbuhnya kesedaran Islam yang semakin merata serta bersifat global, bertambahnya tekad serta kesungguhan umat untuk menghayati ajaran Islam semuanya dalam semua aspek kehidupan.

Sebagai maklumat kepada anda, terdapat dua perkataan lagi yang ada kaitannya dengan Kebangkitan Islam, iaitu Tajdid dan Islah; (i) Tajdid yang bererti - perubahan pemikiran umat ke arah memahami dan menghayati Islam yang sebenarnya. Perkataan di atas terdapat di dalam hadis Rasulullah s. a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah membangkitkan pada permulaan tiap-tiap seratus tahun, bagi umat (Islam) ini seorang Mujadid yang membaharui agama umatnya"

Mujadid yang dimaksudkan ialah pelopor kepada Kebangkitan Islam. Para ulama bersetuju meletakkan Mujadid abad pertama ialah UmarAbdul Aziz. Mujadid abad kedua ialah Iman Syafie. Mujadid abad ketiga ialah Imam Asyari. Mujadid abad keempat ialah Imam al-Baqilani. Mujadid abad kelima ialah Iman al-Ghazali. Seterusnya setiap abad akan ada Mujadid seumpama mereka.

(ii) Islah bererti - memperbaiki sesuatu yang sudah rosak. Maksud Islah boleh dicapai melalui dua proses: Mempertingkatkan lagi penerimaan dan pelaksanaan dasar dan ajaran Islam dalam masyarakat Islam. Membanteras penyelewengan yang berlaku, melindungi kesucian agama Islam dan mempertahankan kesejahteraan umat.

Perkataan Islah terdapat di dalam al-Quran, firman Allah Taala
Terjemahan: Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika Aku berdasarkan Bukti Yang nyata dari Tuhanku, dan ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadanya, (Patutkah Aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang Aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu Yang Aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah Aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan Dengan pertolongan Allah. kepada Allah jualah Aku berserah diri dan kepadaNyalah Aku kembali. (Surah Hud:88)

Kedua-dua istilah di atas sama ada Tajdid atau Islah adalah sesuatu usaha warisan Rasulullah s. a.w. yang perlu diteruskan atas dasar menyeru kepada makruf dan mencegah daripada mungkar. Justeru itu menjadi tanggungjawab setiap individu muslim dalam memupuk suasana Kebangkitan Islam hari ini melalui Tajdid dan Islah.

Sejarah Kebangkitan Islam

(i) Tahap pertama - Zaman Rasulullah dan Khulafa al-Rasyidin.
Sebelum diutuskan Nabi Muhammmad s.a.w sebagai rasul, seluruh dunia dicengkam oleh kegelapan jahiliah. Manusia tenggelam dalam arus kesesatan, kezaliman yang menggerunkan. Mercka teraba-raba dalam kegelapan tanpa cahaya iman yang boleh memandu mereka, ajaran nabi dan rasul dahulu telah lenyap akibat penyelewengan dan salah tafsiran. Di tengah-tengah suasana itulah Nabi Muhammad diutuskan oleh Allah s.w.t. untuk menyelamatkan umat manusia.

Seruan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah bertujuan membawa perubahan yang menyeluruh, meninggikan kehidupan masyarakat, menegakkan keadilan dan mencapai kehidupan yang bernaung di bawah undang-undang Allah Taala.

Begitulah juga zaman Khulafa' al-Rasyidin dan diteruskan pula pada zaman Umayyah dan Abasiah. Pada peringkat ini Islam memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran ummah.

(ii) Tahap kedua - Zaman membebaskan negara daripada belenggu penjajahan dan unsur khurafat, tahyul dan bidaah.

Zaman ini bermula dari lahimya gerakan al-Muwahhidun yang dipelopori oleh al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab (1703-1791) di Arab Saudi. Gerakan ini berusaha menumpaskan penyelewengan dalam ajaran tasawuf dan tarekat yang banyak mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat, dan bidaah. Di antara amalan yang membawa kepada syirik seperti memuja kubur para wall dan keramat. Amalan khurafat yang meluas pada masa itu ialah mempercayai ramalan tukang tenung dan sebagainya. Amalan bidaah pula seperti mengadakan perayaan Maulud Nabi, menambah kalimah tertentu dalam azan atau solat dan sebagainya. Perjuangan gerakan Muwahhidun untuk menghidupkan semula ajaran Islam dalam bentuk yang mumi, banyak dicontohi oleh gerakan Islah yang lain.

Di Libya - lahir gerakan as-Sanusiyyah di bawah pimpinan al-Sayyid Muhamad Alt al-Sanusi yang berusaha keras menyeru masyarakat kepada cara hidup Islam yang sebenarnya. Gerakan ini berpengaruh di daerah pantai Utara Afrika, terutamanya di Magrib dan Sudan.

Di Mesir - gerakan yang berperanan menyedarkan masyarakat ialah gerakan Pan Islamisme di bawah pimpinan Jamaludin al-Afghani (1839 - 1897). Beliau juga berjuang menghadapi imperialisma Barat di Afghanistan. Bagi Jamaludin al-Afghani, penjajahan Inggeris merupakan malapetaka besar bagi dunia Islam. Beliau mengajak umat Islam untuk bersatu menghadapi malapetaka ini. Program refomasinya telah diteruskan oleh tokoh- tokoh lain seperti Muhamad Abduh (1849 - 1905), dan Muhamad Rashid Rida (1865-1935).

Di India - muncul gerakan menyedarkan masyarakat yang dipimpin oleh Syah Waliyullah al-Dahlawi (lahir 1703). Beliau merupakan tokoh Mujadid dan pemikir Islam yang begitu berpengaruh. Fikrah dan sumbangan beliau bersifat sejagat dan boleh dimanfaatkan oleh genarasi kemudian.

Kebangkitan Islam pada tahap kedua juga berlaku di negara-negara umat Islam yang lain seperti di Tanah Melayu dan Indonesia.

(iii) Tahap ketiga - Kebangkitan Islam untuk membebaskan diri dari ideologi-ideologi bukan Islam

Kebangkitan ini adalah lanjutan dari perjuangan tokoh-tokoh tahap kedua. Kebangkitan pada tahap ini adalah atas kesedaran umat Islam untuk menjadikan Islam sebagai dasar dan panduan hidup secara menyeluruh. Kecenderungan untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup dan menentang segala bentuk ideologi perosak telah membawa kepada wujudnya berbagai gerakan dakwah.

Di antara gerakan-gerakan Islam yang muncul dan berperanan di zaman ini ialah:
Gerakan Ikhwan al-Muslimin (Mesir)
Jamiat al-Islam (Pakistan)
Gerakan al-Nur (Turki)
Gerakan Hamas (Palestin)
Gerakan Hizbullah (Selatan Lubnan)
Gerakan Islam di Iraq, Jordan, Syria, Sudan, dan lain-lain lagi.

Gerakan Ikhwan al-Muslimin

Gerakan ini ditubuhkan pada sekitar tahun 1928 masehi oleh Hassan al-Banna. Gerakan ini berkembang pesat di antara 1930-40an. Setelah memasuki arena politik Ikhwan dapat memainkan peranan yang penting dalam politik Mesir terutama dalam kebangkitan semangat kebangsaan yang berlaku di antara akhir perang dunia dengan kekuasaan pemerintah tentera Mesir. Gerakan Ikhwan al-Muslimin bukanlah gerakan dakwah kepartian yang sempit dan bukan sekadar berkembang di negara Mesir sahaja, tetapi ia tersebar ke negara-negara Arab yang lain seperti Syria, Iraq, Jordan, Sudan, Algeria, Pakistan, bahkan ke seluruh dunia.

Menurut Dr. Mustafa Assiba'i Gerakan Ikhwan al-Muslimin mempunyai lima tujuan utama iatu:
- Memperbaiki individu
- Memperbaiki keluarga
- Memelihara umat
- Menentang penjajah
- Perpaduan Arab dan umat Islam.

Tokoh-tokoh yang terkenal dalam gerakan ini ialah as-Syahid Hassan al-Banna, Sayyid Qutb, Abdul Qadir Audah dan lain-lain lagi.

Sumbangan terhadap kebangkitan Islam

Ikhwan al-Muslimin merupakan gerakan yang paling menonjol di abad ke-20 ini. Gerakan ini banyak memberi inspirasi kepada gerakan-gerakan Islam yang lain kerana:
- Ikhwan al-Muslimin adalah satu-satunya gerakan dakwah yang fleksibel dan menyeluruh. Perjuangannya dapat memenuhi keperluan manusia dan ummah.
- Peristiwa pembunuhan dan penyiksaan terhadap anggota Ikhwan al-Muslimin yang dilakukan oleh pemerintah Mesir sedikit sebanyak menimbulkan simpati masyarakat dunia. Peristiwa tersebut juga turut memberi semangat kepada pejuang-pejuang Islam yang lain bahawa medan perjuangan penuh dengan tribulasi.
- Ramai pelajar yang kembali dari Timur Tengah mendapat didikan (tarbiyah) daripada anggota Dewan al-Muslimin. Sekembalinya ke tanah air mereka berdakwah mengikut metod Ikhwan. Sehingga hari ini, di mana-mana sahaja apabila memperkatakan tentang dakwah dan gerakan Islam maka nama Iman Hassan al-Bana dan Ikhwan al-Muslimin.

Jemaah Islami di Pakistan

Ditubuhkan pada tahun 1941, di bawah pimpinan Abu al-'Ala Maududi iaitu enam tahun sebelum wujudnya negara Pakistan. Sebaik sahaja ditubuhkan negara Pakistan, Jemaah al-Islami menuntut digubalkan perlembagaan negara berasaskan al-Qur'an dan Hadis. Tujuan perjuangannya adalah untuk menghidupkan agama yang suci dan meninggikan kalimah Allah dan melaksanakan hukum yang terkandung dalam kitab Allah dan sunnah RasulNya dalam kehidupan individu dan masyarakat Pakistan. Gerakan ini menghadapi tentangan yang hebat dari beberapa kumpulan aliran pemikiran yang diwujudkan oleh penjajah seperti golongan Qadiani, kumpulan Ingkar Sunnah dan golongan yang kagum dengan tamadun Barat.

Terdapat tiga dasar perjuangan Jamaah al-Islami:

- Perjuangan seluruh manusia dan umat Islam khususnya agar menyembah Allah dan jangan syirikkan Allah.
- Dakwah kepada setiap individu bagi melahirkan rasa redha dengan Islam sebagai ad-Din dan hendaklah membersihkan din mereka daripada ciri-ciri nifaq dan kegiatan yang bertentangan dengan Islam.
- Dakwah ini adalah untuk semua, iaitu hendaklah mereka menyuarakan kebaikan secara umum terhadap pemerintah agar melaksanakan Islam dalam pemerintahannya.

Faktor-Faktor Kebangkitan Islam

Kebangkitan Islam di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

(i) Adanya tekanan kuasa-kuasa Barat ke atas dunia Islam dalam bidang politik, ketenteraan, dan ekonomi.
(a) Politik dan ketenteraan - berlaku pembunuhan dan penafian hak wilayah orang Islam. Contoh: Serangan tentera Russia ke atas negara umat Islam Chechnya kerana tidak mengiktiraf kemerdekaan Chechnya. Setelah hampir dua tahun serangan dilakukan dengan tentera berjumlah 39 000 orang, Moscow masih belum dapat mengalahkan 7 000 orang tentera Islam Chechnya. Penindasan berterusan ke atas umat Islam Bosnia, Palastin, Kashmir, dan lain-lain tempat. Penafian hak memilih kerajaan sendiri seperti yang berlaku di Algeria, parti Islam FIS (Front of Islam Salvation) telah memenangi pilihan raya umum pertama tetapi telah dibatalkan oleh regim tentera yang disokong oleh Perancis dan negara-negara Barat yang lain.

(b) Ekonomi - Negara-negara Islam dari negara-negara Barat, sentiasa menghadapi tekanan ekonomi dalam berbagai bentuk, sama ada sekatan ekonomi atau mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi negara Islam. Contoh: PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Iraq sejak tahun 1992 lagi. Akibatnya ribuan rakyat Iraq menderita terutamanya kanak-kanak kerana kekurangan zat makanan dan ubat-ubatan. Peristiwa di atas telah memberi kekuatan kepada umat Islam untuk bangkit merubah nasib mereka, melalui penghayatan semula Islam.

(ii) Kegagalan Western Dissolution oleh kebanyakan pemimpin Islam yang ditaja oleh Barat. Contoh: Negara-negara Islam seperti Turki, Iran, Sudan, dan lain-lain negara termasuk Malaysia pernah ditadbirkan oleh pemimpin sekular model barat selepas peperangan dunia pertama. Mereka gagal membawa perubahan yang bermakna kepada masyarakat Islam. Ini memberi bukti kukuh, bahawa negara-negara Islam tidak boleh menyelesaikan masalah mereka dengan formula yang asing daripada Islam.

(iii) Kemampuan pihak Islam menentang pihak Barat. Contoh: Revolusi Islam Iran dibawah pimpinan Ayatullah Khomeini yang berjaya menumbangkan Shah Iran pada tahun 1979. Kemenangan Parti Islam FIS di Algeria yang memenangi 188 daripada 232 kemsi yang dipertandingkan.

Peristiwa di atas telah memberi kesedaran dan keyakinan bahawa Islam mampu menjadi mekanisme yang membangkitkan semangat rakyat menentang proses pembaratan.

(iv) Fenomena menyayat hati yang berlaku kepada umat Islam kini Contoh: Peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia Herzegovina oleh pihak Serbia. Serangan tentera bersekutu ke atas Iraq yang telah mengorbankan beratus ribu kanak-kanak Iraq. Serangan Tel-Aviv ke atas Selatan Lubnan.

Hikmat di sebalik peristiwa yang berlaku telah mendorong umat Islam di negara-negara Islam yang lain kembali kepada kehidupan beragama. Peristiwa diatas tidak diberi perhatian dan tindakan sewajar oleh PBB. Keadaan tersebut menjadi salah satu faktor yang menyemarakkan lagi kesedaran umat Islam untuk bersatu memperjuangkan Islam.

(v) Peranan gerakan Islam dan pertubuhan dakwah antarabangsa Contoh: Gerakan Ikhwan al-Muslimin, Jamiat al Islami, Pertubuhan Dakwah Antarabangsa seperti World Assembly of Muslim Youth (WAMY) dan International Islami federation of Student Organisation (IFSO) memberi saham yang besar dalam mencorakkan suasana kebangkitan Islam hari ini. Golongan terbesar dalam pertubuhan ini ialah terdiri daripada pelajar pusat pengajian tinggi. Pengaruhnya bukan sahaja di dunia Islam, bahkan menjangkau benua Eropah, Amerika dan Timur Jauh. Gerakan Islam berperanan sebagai pendesak kepada pemerintah supaya menubuhkan institusi ekonomi Islam dan melaksanakan dasar-dasar Islam dalam pentadbiran negara.

Kesimpulan

Faktor-faktor di atas adalah di antara faktor yang membawa kepada kebangkitan Islam masa kini. Walaubagaimanapun faktor yang tidak boleh dinafikan kepentingannya ialah faktor agama Islam itu sendiri. Islam sebagai al-Din yang diwahyukan oleh Allah, mempunyai sifat dan ciri-ciri dinamikannya yang sangat unit jika dibandingkan dengan agama-agama lain. Segala yang terkandung di dalam ajarannya mendorong pendukung-pendukung gerakan Islam berjuang untuk mencetuskan suasana kebangkitan Islam hari ini.

Kesan-Kesan Kebangkitan Islam

Kesan-kesan kebangkitan Islam hari ini boleh dinilai berdasarkan kepada faktor-faktor berikut:
(i) Pertambahan umat Islam.
Senario positif daripada kebangkitan Islam yang paling ketara ialah pertambahan umat Islam di serata dunia termasuk di Eropah. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjelang tahun 2000 masyarakat Islam dijangka akan menjadi satu perempat dari penduduk dunia bersamaan 1.5 bilion. Senario yang sama juga boleh dilihat di negara-negara Benua Barat. Umat Islam di negara tersebut bukan sahaja bertambah dari segi bilangannya, tetapi telah bangkit sebagai sebuah negara yang berasingan daripada pemerintahan komunis.

(ii) Bertambah kesedaran untuk melaksanakan syariat Islam dalam semua aspek kehidupan. Kesedaran untuk mengamalkan Islam sama ada individu atau negara walaupun mendapat tentangan pihak pemerintah dan pihak Barat. Contoh: Kesanggupan pelajar wanita Islam di Perancis berhenti meneruskan pengajian mereka demi mempertahankan pemakaian hijab (pakaian menutup aurat). Negara Sudan di bawah pemerintahan Hassan al-Turabi turut melaksanakan syariat Islam. Beliau bersedia menerima kecaman pihak Barat dan negara-negara Arab yang lain semata - mata mahu membangunkan negara mengikut syariat Islam

(iii) Kesangupan umat Islam mengorbankan harta, masa bahkan jiwa demi berjihad ke jalan Allah

Sepanjang sejarah Islam sentiasa ada tokoh-tokoh dan pejuang-pejuang Islam yang bersedia mengorbankan segala-galanya demi menegakkan agama Islam. Contoh: Perjuangan tentera Mujahiddin di Afghanistan, Perjuangan tentera Chechen di Chechnya, Perjuangan gerakan Hamas di Palestin dan lain-lain tempat di segenap pelusuk dunia Islam.

(iv) Tentangan dalam berbagai bentuk yang ditunjukkan oleh musuh-musuh Islam terutamanya pihak Barat

Kesimpulan

Kebangkitan semula Islam hari ini, telah memperlihatkan banyak kesan dan perubahan. Selain daripada pertambahan bilangan penganutnya, kesan yang paling ketara ialah bertambah mendalam sikap prejudis Barat terhadap umat Islam. Semenjak runtuhnya empayar Soviet Union menjadikan Barat kehilangan saingan. Justeru itu mereka telah meletakan Islam sebagai saingan dan pencabar baru tamadun Barat.

Reaksi Barat Terhadap Kebangkitan Islam

Barat melihat kebangkitan Islam pada hari ini sebagai satu ancaman kepada mereka. Justeru itu mereka melakukan berbagai bentuk perancangan untuk membantut kebangkitan Islam.

Secara ringkas ada lima sebab utama:

(i) Tamadun Islam adalah satu-satunya tamadun yang mempunyai sejarah kegemilangan melampaui sejarah tamadun Barat. Tamadun lain seperti India dan China tidak mempunyai keagungan berbanding tamadun Islam.

(ii) Penentangan umat Islam terhadap usaha penjajahan yang dilakukan oleh Barat. Termasuklah usaha mengembangkan ideologi Kapitalis-Liberal sebagai nilai universal. Pertentangan Barat dengan Islam lebih mirip kepada pertentangan antara ideologi dengan aqidah.

(iii) Kepentigan Geo-Politik - Geo-politik yang dimaksudkan ialah kedudukan negara-negara Islam yang strategik. Kebanyakan negara-negara Islam adalah terletak di kawasan Rimland - pesisir pantai. Selain itu negara-negara Islam juga menguasai jalan yang menghubungi Heartland dengan Rimland. Contohnya Balkan, Caucasio dan Central Asia serta jalan laut terpenting seperti Teluk Parsi, Laut Merah, Selat Melaka, selat Sunda dan terusan Suez.

(iv) Kepentigan Geo-Ekonomi - Kelebihan negara-negara Islam dari segi geokonomi. Sebagai contoh simpanan minyak banyak dimiliki oleh negara-negara Islam.

(v) Propaganda Zionisma - Sejak berakhir perang dingin, Israel memperkuatkan lagi propagandanya memburuk-burukkan gerakan Islam. Contohnya: Sidang kemuncak Damai yanag berlangsung di Sharm El-Sheikh pada 13 Mac 1996 mengumpul para pemimpin daripada 27 negara bertujuan untuk mempertegaskan komitmen mempertahankan "Proses Damai" di Asia Barat. Di antara beberapa keputusan yang telah diambil ialah usaha memerangi keganasan yang digelar Fundamentalis. Fundamentalis yang dimaksudkan di sini ialah kelompok Islam seperti kumpulan Hizbullah dan kumpulan Hamas yang menentang regim Yahudi. Propaganda Zionis dilakukan melalui tiga cara iaitu:

(a) Melalui penulisan akedemik
(b) Melalui penggubalan Dasar Luar Amerika
(c) Melalui penayangan filem

Bentuk-bentuk Reaksi Negatif Barat

Reaksi yang ditunjukkan oleh Barat amat negatif sekali, ini dapat dilihat dalam berbagai bentuk seperti berikut:

(i) Melabelkan negara yang enggan tunduk kepada mana-mana logik Barat sebagai fundamentalis (mengikut perspektif Barat ialah pelampau agama), militan, terrorist yang menaja kegiatan pengganas antarabangsa. Contoh: Mengistiharkan Sudan sebagai pusat latihan pengganas. Tindakan menangkap dan mempenjarakan Syeikh Umar Abdel Rahman seorang ulama tua dan buta dengan alasan sebagai pencetus keganasan di Amerika.

(ii) Menyalahgunakan kuasa dan mengenepikan peraturan antarabangsa. Contoh: Semasa perang telok, serangan Amerika dan tentera bersekutu telah mencabul hak kemanusiaan di mana ribuan wanita dan kanak-kanak Iraq dibunuh dan kemudahan awam dihancurkan. Menaja Perjanjian Dayton yang lebih memihak kepada pengganas Serbia. Perjanjian damai Arab Israel yang dimenterikan pada September 1993 lebih memihak kepada Israel.

(iii) Menyokong pemerintah yang berjiwa sekular memerintah negara Islam. Contoh: Sokongan barat terhadap Presiden Mesir Hosni Mubarrak yang sanggup memerangi dan membunuh pejuang-pejuang Islam di Mesir. Kesediaan pihak British memberi perlindungan kepada Salman Rushdi, penulis novel The Satanic Verses.

(iv) Mengenakan sekatan Ekonomi dan sekatan senjata untuk melemahkan negara Islam daripada terus bangkit. Seperti apa yang dikenakan ke atas Iraq, Libya, dan Bosnia.

(v) Memonopoli sumber kekayaan negara Islam. Contoh: Merancang beberapa strategi untuk terus menguasai minyak di rantau Teluk. Di antaranya Britain telah sengaja mencari jalan supaya harga minyak jatuh di kalangan negara-negara OPEC dengan cara enggan bekerjasama mengurangkan bekalan minyak mentah di pasaran. Kesan daripada itu harga minyak mentah di 13 negara OPEC jatuh dalam pasaran minyak dunia. Kempen anti kayu tropika di Asia Tenggara Kesatuan Perdagangan Eropah telah mencadangkan satu levi ke atas pengimpot kayu tropika. Di Amerika, Kelab Sierra telah menyediakan senarai bagi negara-negara yang patut diboikot. Mereka mengatakan bahawa penebangan pokok akan menyebabkan kemusnahan alam sekitar. Indonesia merupakan pengeluar kertas terbesar telah membatalkan penebangan 850,000 hektar hutan bagi mengelakan isu-isu negatif ekoran pengharaman pengimpotan kayu oleh negara Barat. Secara tidak langsung mengakibatkan kejatuhan harga tempatan dan harga eksport.

(vi) Mengamalkan diskriminasi perkauman terhadap minoriti Islam di dalam negeri dan peringkat antarabangsa. Contoh: Sikap Barat dalam menangani sengketa antara Armenia dan Arzabaijan lebih memihak kepada Armenia.Armenia menerima US800juta dari Washington, sedangkan Arzabaijan menerima hanya sebanyak US30 juta. Selain bantuan kewangan, Armenia juga menerima bekalan senjata daripada pihak luar.

(vii) Media Barat sentiasa mencari peluang mengeksploitasi berita-berita yang boleh menghina Islam Contoh: Kes perkahwinan Sarah-Musa yang disifatkan sebagai satu pelanggaran hak asasi dan kebajikan kanak-kanak Britain.

Sikap Islam dalam Menangkis Reaksi Nagetif Barat

(i) Mengakui hakikat permusuhan mereka terhadap Islam. Pada anggapan orang-orang Kristian, Islam dikatakan agama ciptaan orang-orang Arab yang diciplak daripada agama Kristian dan Yahudi, Islam dikatakan menyeleweng daripada agama asal, dan perlu ditentang. Selain daripada itu penentangan mereka jelas terbukti dalam sejarah perang Salib, sejarah kolonialisme dan emperialisme. Hakikat permusuhan mereka terhadap Islam di jelaskan oleh Allah dalam firmanNya
Terjemahan: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Surah al Baqarah:120)

(ii) Memperbaiki imej Islam
Dua pendekatan digunakan bagi menangkis reaksi negatif Barat. Pendekatan pertama menerusi penerangan - mendedahkan segala bentuk-bentuk propaganda Barat. Pendekatan kedua umat Islam perlu mempamerkan keupayaan dan kebolehan dalam semua aspek kehidupan. Seperti kata pepatah Inggeris "Action speaks louder than words". Tonjolkan Islam bukan sahaja sekadar agama bersifat moral, tetapi juga agama yang bercorak praktis dan maju.

(iii) Mengurangkan kebergantungan umat Islam kepada Barat.
Walaupun dunia Islam hari ini dikatakan zaman kebangkitan, namum masih lagi tunduk kepada kuasa Barat. Sebahagian daripada negara-negara Islam terpaksa bergantung kepada bantuan ekonomi, ketenteraan dan senjata dari Barat. Sebagai contoh, Kuwait atau keluarga al-Sabah banyak mendapat perlindungan dari Amerika. Beliau terpaksa tunduk kepada dasar yang ditentukan oleh Amerika dan sekutunya.

(iv) Membangunkan negara mengikut kaedah Islam
Umat Islam hari tidak boleh sekadar berbangga dengan pencapaian umat Islam silam, kerana pencapaian mereka sudah jauh meninggalkan kita. Justeru itu umat Islam mestilah bekerja keras untuk merealisasikan kaedah-kaedah Islam dalam kontek pembangunan negara supaya masyarakat dunia dapat melihat kewibawaan Islam dan sekaligus mengikis segala tanggapan negatif Barat.

Kebangkitan Islam Di Malaysia

Sejarah Kebangkitan Islam di Malaysia ianya boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:
(i) Peringkat pertama Sejarah awal kedatangan Islam ke alam Melayu. Peranan yang dimainkan oleh kerajaan Melayu Melaka, Pasai, Perlak, Aceh dan lain-lain serta disokong oleh mubaligh Islam telah menimbulkan satu kesedaran baru di kalangan penduduk setempat. Islam telah mampu merubah jiwa dan watak masyarakat Melayu menjadi lebih bertamadun, cinta kepada ilmu pengetahuan dan hidup lebih bersistem.

Di antara perubahan yang telah dibawa oleh Islam:

1. Aspek kepercayaan dan pemikiran - kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa perubahan yang paling hebat kepada kepecayaan dan pemikiran masyarakat Melayu. Penekanan Islam kepada Rukun Iman dan Rukun Islam sebagai pokok ajaran telah berjaya mengantikan kepercayaan Hinduisma dan Animisma. Islam juga menekankan unsur-unsur rasional dalam ajarannya, seperti suruhan supaya berfikir, mengkaji dan menuntut ilmu.

2. Aspek sosio-budaya - Islam berjaya mengikis unsur-unsur Hindu dalam masyarakat Melayu, seperti perhambaan, kezaliman dan kasta kepada persamaan taraf, keadilan sosial yang menyentuh tentang hak dan tanggungjawab sesama manusia. Aspek kesenian kesusasteraan dan berpakaian telah bertukar kepada ala Islam

3. Aspek politik dan pemerintahan - banyak unsur politik dan pemerintahan Islam telah mempengaruhi politik masyarakat Melayu. Di antaranya konsep raja dalam agama Hindu bertukar kepada sultan sebagai pemerintah dalam Islam. Undang-undang Islam juga berjaya mempengaruhi undang-undang negara pada masa itu seperti dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang- Undang Laut Melaka.

4. Aspek ekonomi - Islam turut merubah kegiatan ekonomi masyarakat Melayu. Contohnya kebendaan bukanlah matlamat utama dalam kegiatan ekonomi mereka, tetapi akhirat menjadi matlamat akhir. Kegiatan ekonomi berlandaskan kepada hukum halal dan haram dan menekankan unsur-unsur kebajikan serta mengelakkan penipuan.

Kedatangan Islam dengan proses Islamisasinya berjaya mewujudkan kebangkitan Islam di peringkat awal di Tanah Melayu.

(ii) Peringkat kedua - Semasa penjajahan Barat
Kebangkitan Islam diperingkat pertama mula malap dengan kedatangan penjajah British pada abad ke-18. Banyak perubahan yang telah dibawa oleh Inggeris. Termasuklah proses sekularisasi yang berjaya membawa masyarakat melayu semakin lupa pada agama. Dalam masa yang sama ajaran-ajaran Islam banyak bercampur aduk dengan berbagai-bagai unsur syirik, khurafat dan bidaah.

Situasi di atas telah mendorong tokoh-tokoh Islam pada masa itu untuk mewujudkan gerakan refomasi di Tanah Melayu. Pada peringat awal gerakan ini dipimpin oleh mereka yang kembali dari Timur Tengah, yang banyak dipengaruhi suasana kebangkitan Islam di sana. Diantaranya ialah Syed Sheikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaludin, Tok Kenali, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan lain-lain lagi.

Usaha-usaha dilakukan untuk menerapkan kembali perjuangan Islam melalui dua bidang iaitu melalui pendidikan dan penulisan.

i. Bidang pendidikan ialah dengan menubuhkan sekolah-sekolah agama (madrasah) dan institusi pondok, seperti Madrasah al- Mashur (1919) di pulau Pinang, Madrasah Idrisiah di Kuala Kangsar, Madrasah Muhammadiah (1917) di Kelantan dan lain- lain lagi. Manakala institusi pondok banyak didirikan di Pantai Timur dan utara Tanah Melayu.

ii. Bidang penulisan - melalui kitab, akhbar dan majalah. Diantaranya majalah al-Iman (1906) diikuti majalah Neraca (1911) diterbitkan oleh Syeikh Muhammad Tahir Jalaludin bersama rakan-rakannya Syed Sheikh al-Hadi, Haji Agus Mohamad Taha dan Salim al-Kalali. Majalah al-Ikhwan (1926) dan majalah Saudara (1928). Majalah Pengasuh (1918-1938) diterbitkan oleh Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Majalah-majalah ini amat berpengaruh dalam mengubah sikap dan pemikiran masyarakat Melayu pada masa itu.

Kesan perjuangan tokoh-tokoh dan gerakan yang ada pada masa itu telah berjaya: Menegakkan ajaran Tauhid yang mumi dan membanteras penyelewengan dan kesesatan. Memupuk perjuangan menentang penjajah (anti Malayan Union). Kesedaran untuk mengubah sikap dan pemikiran masyarakat dalam aspek politik dan ekonomi.

(iii) Peringkat ketiga — di era kemerdekaan Tanah Melayu
Gerakan refomasi berteraskan agama mula malap di akhir tahun 1920-an dengan munculnya golongan Nasionalisma Melayu yang mendapat pendidikan Inggeris. Golongan ini banyak menerajui kepimpinan negara sebelum dan selepas merdeka. Perjuangan tokoh-tokoh sebelum ini disambung oleh tokoh-tokoh seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestaman, Ishak Haji Mohammad, Senu Abdul Rahman, Dato' Onn, dan Tungku Abdul Rahman. Perjuangan mereka lebih kepada mengubah masyarakat Melayu agar mereka memiliki harga diri di Tanah Air sendiri.

Dalam masa yang sama Gerakan Islam yang turut berjuang menentang penjajahan British ialah Hizbul al-Muslimin. Gerakan yang berlandaskan perjuangan politik ini ditubuhkan pada tahun 1948, diketuai oleh Tuan haji Abu Bakar al-Baqir. Kemunculan Hizbul al-Muslimin membimbangkan British dan pada awal tahun 1950 pertubuhan ini telah diharamkan. Pada tahun 1951 Parti Islam Se Malaysia pula ditubuhkan untuk meneruskan perjuangan tersebut.

Selepas merdeka, Tanah Melayu terus dipimpin oleh golongan elit cendikiawan Melayu yang berpendidikan sekular. Kepimpinan tokoh-tokoh ini telah melemahkan semangat keislaman kerana kegairahan mereka untuk membangunkan negara mengikut model Barat.

Kegagalan membangunkan negara berteraskan agama Islam dan banyak masalah-masalah sosial menyebabkan bangkitnya satu suasana untuk kembali kepada Islam.Kesedaran ini muncul di kalangan para pelajar institut pngajian tinggi dan para belia.

(iv) Peringat keempat Tahun 1970-an sehingga kini

Peringkat ini dianggap era kebangkitan Islam di Malaysia yang telah banyak memberi kesan kepada senario politik, sosial, dan ekonomi negara. Semenjak tahun 1970-an sehingga tahun 1990-an berbagai gerakan Islam telah ditubuhkan yang turut menyumbang kepada kebangkitan Islam di Malaysia.

Cabaran dalam Kebangkitan Islam di Malaysia
Kebangkitan Islam terpaksa menghadapi banyak cabaran, sama ada cabaran dalaman atau luaran. Berikut di antara cabaran yang sentiasa menggugat proses kebangkitan Islam di Malaysia kini.

(i) Salah satu masalah yang menonjol hari ini ialah wujudnya ajaran sesat dan tarekat yang menyeleweng dikalangan umat Islam, sehingga menimbulkan kekacauan kepada akidah dan pemikiran masyarakat. Ajaran sesat ini tersebar di merata tempat di negara kita dengan berbagai nama dan mempunyai ajarannya tersendiri. Di Johor terdapat ajaran Taslim Kadirunyahya, Naqsabadiah, Mufridiah, ajaran Abu Bakar Bapu dan lain-lain. Mereka bergerak di bawah label tasawuf, menyebabkan orang awam mudah terpengaruh dengan ajaran mereka. Kini terdapat penyelewengan lain seperti aliran anti Hadis, ajaran Syiah, dan amalan nikah Mutaah. Ajaran-ajaran sesat ini memberi cabaran kepada kebangkitan Islam kerana menggugat akidah, amalan dan sikap hidup mereka tambahan pula gerakan mereka ini dilakukan secara sulit dan amat sukar dikesan.

(ii) Reaksi negatif masyarakat Non-Muslim - walaupun proses Islamisasi telah berjalan begitu lama di negara kita, namun sikap prejudis dan salah tanggapan mereka terhadap Islam masih tebal. Bagi mereka, Islam adalah milik orang-orang Melayu sahaja. Segala kelemahan dan keburukan orang Melayu memberi gambaran negatif kepada Islam itu sendiri.

Selain itu masyarakat Non-Muslim di Malaysia secara terang-terangan menolak proses Islamisasi yang dilakukan oleh kerajaan. Di antara tindakan mereka ialah menubuhkan Majlis Perundingan Agama-Agama (Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh) pada bulan Ogos 1983. Pada 14 Januari 1986 tertubuhnya The Chiristian Federation of Malaysia (CEFM) yang menyatukan pelbagai aliran dan mazhab Kristian dalam satu persatuan. Pertubuhan ini bertujuan mengimbangi suasana kebangkitan Islam di Malaysia.

(iii) Perpecahan di kalangan umat Islam - perpecahan ini membantut perkembangan dakwah di negara ini.

(iv) Kemasukan budaya liar dan gejala-gejala negatif dari luar. Kemasukan budaya liar mengakibatkan gejala sosial yang serius terutama di kalangan remaja. Di Malaysia kebanyakan golongan remaja mengamalkan cara hidup hedonistik dan terlibat dalam penyakit sosial seperti dadah, disko, sex bebas dan budaya hidup liar.

(v) Pengaruh idelogi Barat - umat Islam hari ini masih lagi didominasi oleh ideologi Barat, terutama sekali dalam sosio-budaya mereka.

(vi) Perkembangan teknologi telekomunikasi - hari ini terdapat berbagai teknologi telekomunikasi yang canggih seperti Intenet, parabola, media elektronik dan lain-lain. Pelbagai gejala negatif akan menyeruap masuk melalui media ini dan tentu sekali sukar untuk dibendung oleh mana-mana gerakan dakwah. Realitinya kita melihat media hari ini lebih menonjolkan hiburan dengan mempamerkan tokoh-tokoh penghibur tempatan dan luar yang menjadi kegilaan masyarakat kita. Sedangkan Rancangan berbentuk agama yang menampilkan tokoh-tokoh cendikiawan Islam dikesampingkan.

Langkah-langkah dan Strategi

(i) Mempertingkatkan komitmen ummah terhadap ajaran Islam - keimanan dan keyakinan kepada ajaran Islam menjadi perisai utama dalam menangkis segala bentuk cabaran. Sama ada cabaran dalam bentuk pemikiran atau yang dirancang oleh musuh-musuh Islam.

(ii) Penguasaan ilmu pengatahuan dan teknologi – penguasaan ilmu pengetahuan merupakan langkah yang paling berkesan dalam menghadapi cabaran. Sejarah silam telah membuktikan bahawa kemajuan dan ketinggian tamadun akan dapat dicapai melalui kegigihan mempelajari, mengkaji dan menyelidik dalam pelbagai bidang ilmu. Sistem pendidikan juga hendaklah bersepadu dan perlu diadakan usaha-usaha ke arah pengislaman ilmu.

(iii) Membentuk perpaduan ummah - perpaduan umah perlu diutamakan demi menjaga keutuhan umat Islam dan mengelak daripada berlaku perpecahan dan berpuak-puak dalam masyarakat. Perpecahan akan memudahkan pihak musuh menghancurkan Islam.

(iv) Peranan semua pihak - mungkin timbul persoalan siapakah yang sepatutnya berperanan? Dalam keadaan ini pihak pemerintah, ulama, gerakan-gerakan Islam dan seluruh umat Islam mesti bersatu tenaga dalam menyusun strategi untuk menangkis serangan jahat musuh Islam.

• Pemerintah mempunyai kekuasaan dan kemampuan dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mengatasi segala cabaran.

• Ulamak sebagai pewaris nabi mesti berperanan menyeru kepada kebenaran serta pemberi petunjuk kepada umat manusia ke jalan yang benar. Ulama amat penting membina genarasi Islam supaya sedar dan mempunyai iltizam kepada tuntutan Islam.

• Gerakan-gerakan Islam hendaklah bekerjasama dalam membina masyarakat bukannya menghabiskan masa dan tenaga bertelagah sesama sendiri.

• Setiap individu muslim perlu memberi sokongan kepada pemerintah, ulama, dan gerakan Islam yang mahu menegakkan Islam. Masing-masing mempertingkatkan keimanan supaya mampu menghadapi serangan dan dakyah daripada musuh- musuh Islam.

Kebangkitan Islam sekarang ini tidak memadai dengan semangat semata-mata, tetapi hendahlah diiringi dengan ilmu pengetahuan, perancangan dan kebijaksanaan. Cabaran besar ini hendaklah dipikul oleh semua pihak sama ada pemerintah, cendikiawan atau ulama, gerakan-gerakan Islam dan semua individu muslim mengikut keupayaan masing-masing.

4 - Kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan Islam

4.1 SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

INSTITUSI KEKELUARGAAN DALAM ISLAM

Pendahuluan
Kedatangan Islam telah membawa suatu perubahan besar dan amat berkesan dalam sejarah kehidupan manusia, sama ada dari segi pegangan, akhlak dan peraturan kehidupan. Islam telah menggariskan peraturan untuk manusia, bertujuan menjadi pedoman bagi membina masyarakat kemanusian yang baru, yang berbeza dengan masyarakat jahiliyah dan agama-agama lain. Sesungguhnya menerusi sistemnya Islam telah menghapuskan setiap unsur jahiliyah, sekali gus menyerui manusia kepada kehidupan yang lebih teratur.
Di antara dasar-dasar yang menjadi tapak tegaknya rnesyarakat Islam ialah sistem kekeluargaan. Kekeluargaan adalah asas dan sumber kekuatan masyarakat. Ini kerana masyarakat ini terdiri dari unit-unit keluarga. Menurut Dr. Abdul karin Zaidan keluarga umpama sel-sel yang membentuk tubuh. Jika keluarga baik, nescaya masyarakat pun akan menjadi baik, sebaliknya jika keluarga itu rosak maka masyarakat seluruhnya akan menjadi rosak. (Abdul karim, 1980:162}
Kekeluargaan menurut Kamus Dewan ialah yang berkaitan dengan keluarga atau hubungan sebagai anggota di dalam sesuatu keluarga, ianya berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan. Sesungguhnya yang dikatakan seisi keluarga adalah yang terdiri daripada suami isteri atau beserta anak-anak (Kamus Dewan, 1998: 620). Jelaslah bahawa pembinaan institusi keluarga mempunyai hubungkaitnya dengan perkahwinan. Memandangkan kepentingan inilah Islam telah mensyariatkan perkahwinan sebagai tilik mula membina keluarga.

Perkahwinan Dalam Sejarah Manusia
Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia telah berlaku antara Adam a.s dan Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah Taala kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk meneroka bumi Allah dan mendudukinya buat sementara waktu. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 36 yang bermaksud; " dan bagi kamu ada tcmpat kediaman di bumi dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan"
Selain daripada AI-Quran dan Al Hadis, di dalam Old Testement dan New Testement, turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan yang pertama. Di dalam Taurat atau dikenali dengan perjanjian lama di bahagian permulaan kitab Bible di dapati beberapa ayat, di antaranya yang bermaksud "Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka aku akan jadikan seorang penolong sepertinya". (Abdul Kadir, 1983:114)
Berkenaan dengan perkahwinan di kalangan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat kita mengetahui bagaimanakah sistemnya yang sebenamya. Di dalam Tafsir lbn Kathir ada menyebutnya, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masfud dari beberapa orang sahabatyang lain, bahawa mereka berkata yang bermaksud;
"sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam a.s anak lelaki melainkan diperanakkan besertanya anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dan kandungan yang lain, dan anak peremuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dan kandungan yang lain itu,"
Pada masa itu perkahwinan antara berlainan kandungan ini dijadikan sebagai perkahwinan berlainan keturunan, ini ialah kerana dharurat membenarkan. (Abd. Kadir, 1983; 114)
Bentuk Bentuk Perkahwinan Dalam Sejarah Manusia
Perkahwinan dalam sejarah manusia ada tiga bentuk utama, iaitu:
i) Poligami (Poligini), adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Diamalkan oleh hampir semua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligini tanpa had dan batas. Contonhya ada agama di negeri Cina yang membolehkan kahwin sampai 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, dibenarkan poIigam tanpa batas. Berbeza dengan Islam hanya membenarkan poligami yang tidak melebihi empat orang isteri dengan syarat-syarat yang ketat.
ii) Poliandri ialah perkahwinan yang berlaku antara seoarang perempuan dengan beberapa orang lelaki. Perkahwinan bentuk ini sangat jarang berlaku berkecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan di Arab pada masa jahiliyah. Contohnya dalam masyarakat tradisi kaum Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwtni seorang wanita, maka wanita itu menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini dirujuk kepada kitab Mahabhrata (Abdul GhaniAzmi, 1994; 18). l
iii) Monogami, perkahwinan yang berlaku antara seorang lelaki dan seorang perempuan sahaja, Perkahwinan bentuk ini merupakan perkara biasa pada semua bangsa dan agama. Agama Kristian memandang perkahwinan itu adalah satu ikatan antara seorang lelaki dan seoarang wanita untuk sepanjang zaman, maka oleh kerana itu penceraian tidak diiktiraf sama sekali. Seorang lelaki hanya dibenarkan berkahwin sekali sahaja seumur hidup.
Perkahwinan dalam syariat Yahudi, membolehkan berpoligami tanpa batas, manakala syariat Masehi iaitu pada setengah Mazhab tidak membolehkan poligami dan tidak boleh bercerai. Contohnya pada mazhab Khatolik- Jika diperhatikan sisem perkahwinan tidak dapat dinafikan bahawa sistem perkahwinan Islam adalah lebih teratur dan menepati fitrah manusia itu sendiri.
Setelah kedatangan Islam, peraturan-peraturan perkahwinan yang telah berlaku itu diperbaiktnya dengan dihapuskan mana-mana peraturan yang tidak bailk dikekalkan mana-mana yang baik, juga ditetapkan satu sistem baru yang lengkapdan sesuai bagi menjamin keselamatan dan kebahagian manusia. Firman Allah Taala dalam surah AI-Nisa ayat 3, yang bermaksud:
" Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan -perempuan (lain) dua, tiga atau empat. Kemudianjika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara fsteri-isteri kamu} maka (berkahwin dengan) seorang sahaja".
Islam sebagai satu agama fitrah, sesuai dengan tabiat semulajadi manusia, tidak bertentangan dengan kehendak-kehendak naluri mereka. Malah Islam sentiasa membuka peluang kepada mereka untuk mancapai nikmat-nikmat h'tiup dan keindahan manusia,
Manusia sering kali terlankur dengan godaan hawa nafsu untuk melakukan kejahatan, juga sering melakukan perbuatan-peibuatan yang melanggar batas-batas kesopanan dan dasar-dasar akhiak yang mulia, justeru itu Islam secara bgik berusaha untuk menutup pintu-pintu kerosakan dan keburukan demi kebahagiaan kepada seluruh umat manusia manusia Ini jelas bolh dilihat kepada falsafah perkahwinan di dalam Islam.
Falsafah perkahwinan dalam Islam
Allah Taala mencipta manusia dan telah melengkapkan padanya beberapa kecenderuhgan atau naluri. Allah telah menurunkan berbagai syariat dan hukum yang menepati semua keperluan tersebut Di antaranya perkahwinan supaya kecenderungan atau naluri kepada jenis yang berlawanan (opposite sex) dapat disalurkan pada jalan yang diredhai Allah.
Pengertian perkahwinan
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syara' pula ialah ijab dan qabul ('aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara laki-laki dan perempuan yang diucapkan dengan kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam (H. Idris Ahmad, 1983; jil.2, 54)
Perkataan zawaj digunakan dalam AI-Quran berrnaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini berrnaksud perkahwinan. Allah Taala menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina. Tidakkah krta melthat pada bumi, betapa banyak Allah jadikan benda yang beroasangan di atasnya. Firman Allah dalam Surah Yasin: 36 yang berrnaksud:
"Maha suci Tuhan yang telah menciptakan berpasang-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhnya oleh bumi dan dan din mereka, mahu pun dari apa yang mereka tidak ketahui"
Ayat-ayat ialah surah al-Zariyat 49, Surah Luqman; 10, Surah Qaaf, 7, Surah Al-Syu'ara 7. Malah AI-Quran memberitahu kepada kita bahawa kita juga akan mempunyai pasangan dalam syurga, Firman Allah Surah Al-Baqarah ayat 25 berrnaksud;
"dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya ".
Kedudukan perkahwinan dalam Islam
Sebagai memperjelaskan lagi bagaimana Islam sangat menggalakkan perkahwinan, di mana dalam setengah-setengah keadaan Allah mewajibkan seseorang itu berkahwin. Hukum perkahwinan dalam Islam adalah seperti berikut (md. Hashim Yahya, 1986; 17):
j) Wajib. kepada orang yang nafsunya sangat kuat sehingga boleh menjatuhkan kelembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu. Dalam masalah ini boleh didahulukan perkahwinan dan naik haji kalau takut terjatuh ke jembah zina, tetapi kalau tidak ditakuti hendakfah didahulukan haji yang wajib.
ii) Sunat, kepada orang yang mampu, tetapi aman dirinya dari terjatuh ke dalam zina, ini adalah hukum asal perkahwinan,
HI) Harus, kepada orang yang tidak ada padanya galakan atau tegahan yang tersebut
iv) Makruh, kepada orang yang tidak mampu memberi nafkah lahir dan batin, tetapi sekadar yang tidak memberi kemudharatan kepada isteri, samada ia kaya dan tidak ada nafsu yang kuat
v) Haram, kepada orang yang tidak mampu memberi nafkah lahir dan batin kepada isterinya dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan teraniya isteri kalau ia berkahwin.
Hikmah-hikmah perkahwinan dalam Islam.
Perkahwinan dalam Islam mempunyai hikmat dan tujuannya yang tersendiri, di mana ianya bukan hanya bersifat biologis semat-mata, tetapi adalah lebih tinggi dan lebih mulia. Di antara tujuan atau hikmat perkahwinan menurut Syariat Islam ialah;
i) Untuk memperolehi ketenangan hidup
Pada hakikatnya Islam membentuk kaedah bagi mengatur fungsi kekeluargaan supaya pasangan suami isteri dapat memperolehi ketenangan, kasih sayang, ketenteraman dan seumpamanya. Sesungguhnya cinta yang sebenamya antara lelaki dan wanita hanya akan lahir dari perkahwinan. Firman Allah Taala dalam surah AI-Jumayat : 21 yang bermaksud:;
"Dan di antara tanda-tanda membuktika kekuasaahNya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum felaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamti bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang belas kasihan. Sesungguhnya yang demekian itu mengandungi keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang berfikir"
Di dalam tafsir Fi Zflal al-Quran yang dimaksudkan kasih sayang (mawaddah) dan kasihan belas (rahmah) ialah menjadikan hubungan suami isteri itu sebagai sumber ketenangan kepada jiwa, memberi kekuatan jasmani dan rohani, serta kemesraan hati nurani dan kenteteraman kepada kedua-duanya. Penjelasan al-Quran yang lemah lembut menggambarkan hubungan lelaki dan perempuan ini dengan gambaran yang amat menarik seolah-oleh gambaran itu diambil dari lubuk hati dan perasaan kedua-duanya (Sayyid Qutb, 2000:458)
Selain daripada itu perasaan keibubapaan juga boleh memberi ketenangan dan kebahgiaan manusia, seperti yang digambarkan oleh at-Quran Surah ai-Furqan ayat 74 yang bermaksud;
"Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenanghati (kami), dan jajdikanlah kami iman bagi orang-orang yang bertakwa".
jj) Memelihara kesucian din.
Manusia mempunyai naluri seks, naluri ini biasanya menjerumuskan manusia ke dalam maksiat yang merosakkan kehormatan diri. Keinginan seks ini hanya akan dapat dibendung melalut perkahwinan. Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud; "Wahai gotongan pemuda, barang siapa di antara kamu yang mampu kahwin maka hendaklah ia kahwin kerana kahwin itu dapat menundukkan pandangan mata dan lebih mampu dapat mengekang nafsu dan barangslapa yang tidak mampu berkahwin, maka hendaktah ia berpuasa kerana puasa itu dapat mengekang hawa nafsu", (Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-Tamizi dan an-Nasai.)
iii) Melaksanakan salah satu tuntutan syan'at
Syariat Islam adalah syariat yang syumul, rasional dan selaras dengan tabiat manusia. la bertujuan untuk menjaga maslahat manusia di dunia dan di akhirat. Perkahwinan di antara tujuannya adalah untuk menyempurnakan tujuan manusia diciptakan iartu beribadat kepada Allah Taala. Konsep ibadat sangat luas, setiap usaha harian, malah setiap perkataan dan perbuatan yang baik temnasuklah hubungan suami isteri itu sendiri adalah ibadah bagi orang-orang yang berenan kepada Allah.
Pada zaman Nabi s.a.w terdapat sebahagian sahabat yang cenderung untuk hidup dengan cara kerahiban. Mereka ingin mengasingkan diri dari masyarakat untuk memdahkan beribadah dengan berpuasa di siang hari, qiyam pada malam hari di samping menjauhi wanita. Lantas Nabi mengumpulkan mereka dan memberi nasihat secara tegas dengan sabdanya yang bermaksud:
" Aku adalah orang yang paling takut kepada Allah di antara kamu sekalian dan paling bertakwa kepada hfya, akan tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku bangun dan tidur dan aku menikahi wanita. Barangsiapa yang tidak menyukai sunnnahku, maka dia bukanlah dari gobnganku" (Riwayat at-Bukhari)
iv) Menjaga keturunan
Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan untuk memelihara dan mengembangkan keturunan yang suci. Firman Allah dalam Surah al Nahl ayat 72 yang bermaksud;
"Dan Allah telah menjadikan bagi kamu isteri daripada diri (jenis) kamu sendiri dan ia menjadikan bagi kamu dari isteri-isteri kamu anak-anak dan cucu ".
Sesungguhnya keturunan yang baik adalah merupakan saham yang tidak akan putus pahalanya sehingga akhirat Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
Bila mati seorang anak Adam putuslah amalannya, melainkan tiga perkara, sedekah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang sentiasa nendoakannya. "
v) Sebagai media pendidikan
Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak. Rumahtangga yang tegak dari perkahwinan yang bahagia merupakan media yang paling penting. Di rumah anak-anak diasuh dan dididik oleh pendidik yang paling mulia iartu ibu dan bapanya. Melahirkan anak lalu mengabikannya adalah suatu jenayah terhadap keluarga dan masyarakat. Kanak-kanak yang membesar tanpa didikan dari kedua ibu bapanya dan tidak diajar dengan cara hidup Islam, apabila besar nanti akan menimbulkan banyak masalah kepada masyarakat. Selain daripada itu bagaimanakah kita boleh mengharapkan anak-anak membesar dengan memiliki keperibadian yang mulia (bertaqwa) tanpa wujudnya kehidupan berkeluarga yang teratur seperti yang digariskan oleh Islam.
vi) Mengujudkan kerjasama dan tanggungjawab
Islam menekankan konsep tulennya keluarga dan peranan lelaki dan wanita, terutama peranan mereka terhadap anak-anak. Lelaki atau suami dipertanggungjawabkan dengan fungsi untuk memberi nafkah, perlindungan, menguruskan hal ehwal luar dan bertindak sebagai pemimpin dalam keluarga. Wanita atau isteri pula diamanahkan menjaga dan mengasuh anak, mengujudkan suasana kasihsayang dalam keluarganya. Dalam syariat Islam, isteri tidak dipaksa bekerja untuk mencari nafkah dan juga tidak dilarang bekerja selagi mana mereke dapat menjaga maruah, keadaan yang wajar (tidak menimbulkan fitnah) serta mendapat keizinan suamL
vii) Dapat menghubungkan silaturrahim.
Perkahwinan merupakan satu tali yang kukuh dan yang menghubungkan antara seorang lelaki dengan wanita dan sekaligus akan menyatukan keluarga suami dan keluarga isteri menjadi satu keluarga besar yang saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Kasih sayang yang lahir dari kedua-dua suami dan isteri itu akan lebih meluas sehingga meliputi keluarga masing-masing.
Dengan demikian akan timbul rasa kecintaan dan saling bantu membantu antara satu keluarga dengan yang lain. Hubungan silaturrahim bukan sahaja dapat dirasai oleh keluarga, malah masyarakat dan seluruh manusia amnya

Penolakan Konsep Rahbaniyyah (kependetaan)
Pengertian a!-rahbaniyah
Perkataan "rahbaniyah" ialah kerahiban atau kependetaan, atau kehidupan paderi (Kamus al-Munawwir, 1984: 576). lanya bermaksud tidak beristeri atau tidak bersuami dan mengurung din dalam biara.
Sikap Islam berbeza, di mana Islam berpendiriari tidak ada perlepasan keinginan seksual secara bebas tanpa ada ikatan dan menentang hidup membujang dan kebiri. Justeru itu dalam Islam adanya konsep (AMDamdawi, 1984: 232)
Di dalam Isiam membujang tidak dianggap sebagai satu etika atau cara bagi mendekatkan diri kepada Allah seperti di lakukan dalam agama Kristian, Buddha dan sebagainya. Contohnya dalam agama Buddha ada menyebutkan

3 - Sumbangan Tamadun Islam

3.1 Perkembangan Tamadun Islam

Arab Jahiliah

Penduduk Arab sebelum Islam menganut pelbagai kepercayaan dan agama. Agama yang dianut terdiri daripada agama samawi, iaitu Kristian dan Yahudi, ajaran Nabi Isa dan Musa (a.s.) serta agama hanif (ajaran Nabi Ibrahim (a.s.), manakala kepercayaan-kepercayaan yang diamalkan adalah seperti menyembah berhala, api, matahari dan sebagainya yang dipanggil sebagai amalan Jahiliah.

Perkataan "Jahiliah" dari segi etimologinya berasal daripada kata kerja bahasa Arab "jahila" yang bermaksud jahil, bodoh dan tidak berilmu pengetahuan. Dari segi terminologinya, jahiliah merujuk kepada kejahilan masyarakat Arab sebelum Islam dalam bidang akhlak dan keagamaan kerana dalam bidang-bidang lain mereka telah pun maju seperti pemiagaan, binaan, kesusasteraan pertanian dan sastera.

Tamadun manusia yang tertua di dunia dapat dikesan dan ia lahir di lembah Tigris-Euphrates, Iraq kira-kira 5000 tahun yang silam. Selain tamadun Islam, tidak dapat dipastikan titik permulaan dan peralihan sesuatu tamadun secara tepat malah tidak jelas asal-usulnya. Tamadun Islam, bermula apabila berlaku peristiwa penerimaan wahyu yang pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w daripada Allah s.w.t. melalui malaikat Jibrail (a.s.) pada bulan Ramadan tahun 610 Masehi, ketika baginda berusia 40 tahun.

Ketika baginda dilahirkan, Semenanjung Arab berjiran dengan tamadun-tamadun terkemuka dalam sejarah, iaitu tamadun Greek dan Byzantin di sebelah utara, tamadun Iran (Parsi) di sebelah timur, tamadun India di sebelah tenggara, dan tamadun Aramaik-Hebrew dan Aryan di sebelah barat laut.

Perkembangan tamadun Islam di dunia Arab boleh dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu zaman Rasulullah dan al-Khulafa al-Rashidin (610 M - 660 M), zaman Bani Umaiyah (660 M - 750 M), zaman Bani Abbasiyah (750 M - 1261 M), zaman Bani Mughuliyah (Monggols) dan zaman Bani Uthmaniah (1261 M - 1924 M). Kekuatan pengaruh tamadun Islam turut menyumbang ke arah tercetusnya pembaharuan di Eropah dan seterusnya perluasannya hingga ke Kepulauan Melayu.

Zaman Rasulullah S.A.W dan sahabat
Zaman Rasulullah S.A.W. dan al-Khulafa' al-Rashidin (r.a.) merupakan zaman model tamadun Islam. Pada prinsipnya tamadun Islam selepas zaman awal Islam dicorakkan berdasarkan zaman model ini.

Nabi Muhammad S.A.W. lahir pada 12 Rabi' al-Awwal tahun Gajah, bersamaan 20 April tahun 571 Masehi dari kalangan bangsa Arab Quraisy. Sifatnya yangjujur dan amanah menyebabkan baginda dikenali sebagai al-Amin (yang jujur) di kalangan masyarakat pada ketika itu. Pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos tahun 610 Masehi baginda mendapat wahyu yang pertama daripada Allah s.w.t., sekali gus rasmilah pelantikan Baginda sebagai Rasul Allah.

Selama 13 tahun berikutnya Baginda menjalankan dakwah di Makkah yang ber- temakan tauhid, iaitu mengesakan Allah s.w.t. dan menentang segala bentuk syirik, khurafat dan tahyul. Pada tahun 622 Masehi baginda diperintahkan supaya berhijrah ke Yathrib kerana menghadapi tentangan yang hebat dari segi fizikal dan kejiwaan daripada orang kafir Quraisy. Mulai dari penghijrahan ini Yathrib dikenali sebagai Madinah al-Nabi (bandar nabi).

Di Madinah, usaha-usaha dakwah Rasulullah secara kasarnya tertumpu kepada:-
1. Membina dan menyusun masyarakat serta negara Islam.
2. Memelihara dan mempertahankan masyarakat dan negara Islam.

Bagi melaksanakan usaha-usaha ini:

a - Beberapa perjanjian telah diadakan
1. Perjanjian Aqabah I (antara isinya orang Madinah berikrar tidak akan mensyirikkan Allah s.w.t, mencuri, berzina, membunuh anak dan menolak perbuatan baik).
2. Perjanjian Aqabah II (mempersaudarakan orang Muhajirin dan Ansar)

b - Meletakkan prinsip dan dasar pemerintahan Islam iaitu pembentukan Piagam Madinah (Sahifat al-Madinah) yang mengandungi 47 fasal yang menekankan konsep taqwa dan kesatuan

Setelah Rasulullah S.A.W. wafat pada tahun 632 Masehi bermulalah kerajaan yang dipimpin oleh Sahabat-sahabat Nabi yang dikenali sebagai al-Khulafa' al-Rashidin. Zaman ini diwakili oleh empat orang Khalifah, iaitu:
1. Khalifah Abu Bakr al-Siddiq - 632 Masehi (r.a)
2. Khalifah 'Umar ibn al-Khattab - 634 Masehi (r.a)
3. Khalifah 'Uthman ibn al-'Affan - 444 Masehi (r.a)
4. Khalifah 'Ali ibn Abi Talib - 655 Masehi (k.w)

Zaman ini menyaksikan keempat-empat Khalifah (r.a.) meneruskan usaha-usaha dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah dan meletakkan al-Qur'an dan al-Sunnah sebagai rujukan dan asas dalam menjalankan pemerintahan.

Pada masa pemerintahan Abu Bakr al-Siddiq, beliau telah berjaya mewujudkan keamanan dengan menumpaskan golongan yang enggan membayar zakat dan mereka yang mendakwa diri mereka sebagai nabi selepas kewafatan Rasulullah.

Pada masa pemerintahan 'Umar ibn al-Khattab (r.a.) dengan kekuatan tentera yang dimiliki, wilayah Islam mula berkembang ke Syria dan Mesir dan berjaya menundukkan pemerintahan Romawi di timur dan menghancurkan pemerintahan Farsi di Iraq. Pada masa pemerintah 'Uthman ibn 'Allan (r.a.) pula kerajaan Islam terus berkembang luas sehingga ke Afrika di bahagian barat dan Turkistan di Timur. Antara usaha penting 'Uthman ibn 'Affan ialah pembukuan al-Qur'an menjadi sebuah mashaf yang lengkap. Pada masa pemerintahan 'Ali ibn Abi Talib (k.w.), ilmu sains dan matematik mula diperkenalkan.

Zaman Bani Umaiyyah
Khalifah-khalifah kerajaan Bani Umayyah meletakkan al-Qur'an, al-Sunnah dan al-Ijma' sebagai sumber perundangan negara, dan bentuk organisasai negara seperti politik, pentadbiran dan kewangan dikekalkan seperti pada zaman Nabi dan Sahabat, tetapi ia diperluas dan diubah suai sesuai dengan pertambahan penduduk dan keluasan daerah Islam pada ketika itu. Pusat pemerintahan kerajaan Bani Umayyah adalah di Damsyik (Syam) atau dikenali sebagai Syria sekarang. Di Syam kegiatan ilmu pengetahuan sangat digalakkan. Pada masa itulah ilmu-ilmu al-Qur'an dan al-Hadis seperti 'ulum al-Qur'an dan mustalah Hadith mula dikembangkan, begitu juga ilmu-ilmu sains seperti perubatan dan sebagainya. Kerajaan Bani Umayyah di Sepanyol yang dipimpin oleh 'Abdul al-Rahman al- Dakhil memisahkan diri dari pusat pemerintahan Islam di timur, dengan mendirikan kerajaan Islam di Andalusia, iaitu di Benua Eropah. Pusat pemerintahannya adalah di Cordova.

Zaman Bani Abbasiyah
Pada zaman ini perkembangan kebudayaan, keilmuan, kegiatan ekonomi dan politik begitu meluas dan gemilang. Kerajaan Bani Abbassiyah pada waktu itu berpusat di Baghdad.

Dalam bidang kebudayaan, kegiatan seni seperti puisi, binaan dan ukiran berkembang pesat. Perkahwinan campur telah melahirkan cantuman kebudayaan Farsi, Hindu, Arab, dan Greek. Dari sudut keilmuan, pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbassiyah berlaku penubuhan Bayt al-Hikmah dan gerakan terjemahan yang diberi perhatian serins yang telah membantu perkembangan dunia keilmuan. Masjid dijadikan sebagai pusat segala kegiatan ilmu.

Perkembangan dalam bidang ekonomi juga dapat dilihat dengan peranan yang dimainkan oleh Bayt al-Mal. Fungsinya menjaga khazanah negara dan mengagihkannya mengikut keperluan negara. Ini dapat diselenggarakan dengan berkesan. Sumber-sumber ekonomi seperti pertanian dan perdagangan juga berkembang pesat.

Dari segi politik, kelahiran fahaman politik mula wujud. Kerajaan juga mampu menyediakan angkatan perang yang mantap untuk menghadapi sebarang bentuk ancaman musuh sama ada dari luar atau dalam. Ketika ini juga organisasi kehakiman menjadi satu organisasi yang kukuh dan mempunyai peranan yang besar.

Zaman Moghul dan Uthmaniah
Perkembangan dan kemajuan tetap berlaku, tetapi kerancakannya semakin menurun akibat daripada penjajahan melalui peperangan dan usaha-usaha untuk melumpuhkan Islam. Pada ketika itu budaya ilmu mula bertukar menjadi budaya politik. Pada abad ke-13 Masehi kerajaan Islam Moghul telah diserang dan dimusnahkan. Ini mengakibatkan banyak khazanah Islam musnah dan dipindahkan ke dunia Barat. Pada masa yang sama juga Eropah mula membina tamadun mereka. Kerajaan Moghul berpusat di Asia Tengah dan kemudian di India, manakala kerajaan Uthmaniah mula-mula bertapak di Asia Kecil, kemudian bertapak kuat di Istanbul. Pengaruh Tamadun Islam yang Membawa kepada Renaissans di Eropah Perkataan renaissans berasal daripada bahasa Perancis, yang bermaksud kelahiran semula (rebirth). Istilah ini merujuk kepada zaman perkembangan tamadun Barat semasa zaman perubahan (transition) dari zaman kegelapan (medieval) ke zaman modennya. Pengaruh pemikiran Islam ke atas Barat bermula dari abad ke-11 sehingga abad ke-13 dan ke-14 Masehi.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Barat
Perkembangan intelektual masyarakat Islam di sebelah Timur. Kemuncaknya ialah apabila Khalifah Bani Abbasiyah, al-Ma'mun, menubuhkan Bayt al-Hikmah (House of Wisdom) pada tahun 830 Masehi. Ia berfungsi sebagai perpustakaan dan pusat percetakan serta aktiviti penerjemahan.

Tahun 600 hingga 1000 Masehi merupakan zaman kegelapan Barat. Era kegelapan ini disebabkan oleh keadaan masyarakat yang mundur dalam bidang ekonomi, keilmuan dan kerohanian akibat daripada keadaan politik yang tidak stabil. la juga disebabkan oleh pemisahan antara ilmu dengan agama yang dilakukan oleh pihak gereja.

Pendedahan Islam kepada dunia Barat adalah melalui corak pemerintahan Islam di Sepanyol terutamanya dari segi layanan pemerintah terhadap rakyat, keadaan masyarakat, agama dan ilmu yang tidak terpisah. Kewujudan institusi pengajian tinggi di Sicily yang menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari Eropah turut meninggalkan kesan kepada dunia Eropah. Percanggahan pendekatan keilmuan yang wujud antara golongan scholastic dengan scientific, seperti dogma-dogma yang dibawa tidak boleh diterima akal, juga menyumbang ke arah perubahan.

Fasa-fasa Pemindahan Pemikiran Islam ke Eropah
Penghijrahan sarjana Barat ke negara Islam dan aktiviti terjemahan yang dijalankan merupakan fasa pertama pemindahan pemikiran Islam ke Barat. Antara teks yang diterjemah ialah teks Arab yang diterjemah daripada teks Greek dan teks asal karangan sarjana Muslim. Sarjana Barat yang pertama datang ke negara Islam ialah Constantine of Africa (1017 M - 1087 M), Abelard of Bath (1079 M - 1142 M), kemudian diikuti oleh Robert Chester (1110 M - 1160 M), Jew Moses Farache (1285 M), dan Gerald of Cremonar (1114 M - 1187 M).

Penubuhan universiti-universiti terawal di Barat turut menyumbang ke arah pe- mindahan pemikiran Islam ke Eropah. Rasa tanggungjawab para sarjana Barat yang menuntut di negara Islam untuk memindahkan pegetahuan mereka kepada generasi muda di Barat telah mendorong mereka kembali ke Barat dan menubuhkan institusi pengajian tinggi. Universiti pertama di Barat didirikan di Salerno dan Naples oleh King Roger. Melalui institusi pertama di Salerno inilah berlakunya pemindahan ilmu-ilmu Islam ke Barat dan penubuhan institusi pengajian tinggi yang seterusnya. Peristiwa Perang Salib yang bermula pada tahun 1097M juga memberi kesan yang besar kepada pemindahan pemikiran Islam. Perang tersebut berlangsung selama 130 tahun, dengan melalui tujuh siri peperangan. Dalam tempoh inilah segala ilmu pengetahuan, corak pentadbiran dan pengendalian perkhidmatan awam berpindah ke Barat. Akhirnya penaklukan kembali Andalus dan Sicily oleh kerajaan Kristian turut mempengaruhi faktor pemindahan tersebut.

Pengaruh Tamadun Islam dalam Alam Melayu
Islam berkembang di Asia Tenggara melalui pelbagai cara, dan pengembang- pengembang agama itu pula datang dari berbagai-bagai bangsa seperti Arab, Farsi, India, Turki, Maghribi dan orang-orang Melayu sendiri. Islam mula bertapak kuat di daerah Aceh, kemudian di Melaka. Dari Melaka, Islam berkembang ke daerah-daerah lain di Asia Tenggara seperti Pulau Jawa bahagian Timur, Palembang, Jambi, Riau dan negeri-negeri Semenanjung). Dari Melaka juga Islam berkembang ke Brunei dan terus ke Sulu di Filipina Selatan. Dari Jawa Timur pula Islam berkembang ke Maluku, Kalimantan Selatan, Sulawesi Selatan dan Jawa Barat. Dari Jawa Barat Islam berkembang ke Lampung. Dari Acheh Islam merebak ke Minangkabau dan terus ke Tapanuli Selatan. Dari daerah Sulawesi Selatan Islam tersebar ke Nusa Tenggara.

Tanda yang jelas membuktikan kedatangan Islam ke Asia Tenggara ialah buku-buku sejarah yang ditulis pada zaman itu, seperti buku Sejarah Melayu, Hikayat Raja-Raja Pasai, Hukum Kanun Melaka dan lain-lain. Selain itu batu-batu bersurat seperti batu bersurat di Terengganu (1303 M), dan di Minye Tujuh, Aceh (1380 M). Yang ketiga ialah kerajaan-kerajaan Islam yang diasaskan di Asia Tenggara seperti di Acheh, Melaka, Johor, Demak (Jawa Tengah), Tidore, Banten (Jawa Barat), Goa (Makasar), Ternate, Brunei, Sulu dan kerajaan-kerajaan yang lain. Kedatangan Islam memberi jiwa yang baru dan besar kepada kebudayaan Melayu khususnya bahasa Melayu.

Kedatangan pengaruh Islam menjadikan bahasa Melayu kaya dan mampu digunakan untuk membahas perkara-perkara yang ilmiah seperti falsafah (yang tidak pernah berlaku pada masa sebelum kedatangan Islam sekalipun pengaruh Hindu cukup kuat bertapak pada kebudayaan Melayu sebelum itu), tasawuf, hukum dan undang-undang, penterjemahan al-Qur'an (misalnya Abdul Rauf Al-Fansuri menerjemahkan al-Qur'an buat kali pertama dalam bahasa Melayu pada abad ke-17 M), perbahasan ilmu Hadis, ilmu fikah dan berbagai-bagai ilmu lagi. Pendeknya kedatangan Islam menjadikan bahasa Melayu mampu untuk digunakan bagi membahas perkara-perkara yang bersifat intelektual.

Satu lagi pengaruh Islam yang meresap ke dalam kebudayaan Melayu ialah tulisan Melayu-Arab atau biasa disebut tulisan Jawi. Dengan tulisan ini bahasa Melayu dapat ditingkatkan, sementara hasil-hasil kebudayaan Melayu zaman dahulu dapat dirakamkan sehingga kita dapat menyaksikannya sampai sekarang ini. Bahkan karya-karya Melayu lama lebih banyak dalam bentuk tulisan Jawi daripada yang telah dirumikan.

Pengaruh Islam yang lain di Asia Tenggara adalah dalam bidang politik, perundangan (perlaksanaan hukum shara') dan pentadbiran. Ini dapat disaksikan pada sistem pemerintahan Kesultanan Melaka (1403 M - 1511 M), Kesultanan Johor-Riau (1511 M - 1824 M), Kesultanan Aceh terutama dalam zaman Iskandar Muda Mahkota Alam (1606 M - 1636 M), Kerajaan Bantan (1527 M - 1640 M), Kerajaan Brunei (sejak 1500 M) dan lain-lain. Dalam perkara ini peranan ulama-ulama Islam sangatlah penting khasnya dalam membentuk masyarakat Islam di Asia Tenggara, selain men-jadi para pemimpin untuk menentang pencerobohan kuasa-kuasa asing terutamanya dari penjajah Barat. Ulama-ulama inilah juga yang telah mengajar dan mendidik masyarakat dan umat Islam untuk menegakkan maruah bangsa, mempertahankan tanah air, agama dan bangsa, di samping selain daripada menghayati ajaran-ajaran agama Islam sesuai, dengan sifatnya sebagai agama untuk kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat.

Penutup
Sejarah menyaksikan tamadun Islam melalui beberapa peringkat perkembangan. Ajaran Islam diturunkan di kota Makkah, tamadunnya diasaskan di kota Madinah, dikembangkan di kota Syam dan Damsyik, seterusnya digemilangkan di kota Baghdad. Selepas menguasai dunia kira-kira enam abad, tamadun Islam mengalami satu jangka waktu kemunduran, tetapi ia tidak musnah malah terus hidup hingga ke hari ini. Pengaruhnya mula bertapak di semenanjung Arab sehingga berjaya menukar kehidupan masyarakat Arab Jahiliah pada ketika itu kepada kehidupan bersusila. Kekuatan pengaruh Islam juga turut menyumbang ke arah kelahiran renaissan di Eropah dan seterusnya perluasannya ke Nusantara dan ke seluruh pelosok dunia. (Ahmad Fauzi Hj. Morad ed. (2001). Tamadun Islam. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.)
3.2 Pengaliran Tamadun Islam Ke Eropah

Hasil kemajuan ilmu pengetahuan yang dicapai oleh orang Islam Sepanyol menarik minat orang Barat untuk mempelajari ilmu pengetahuan bangsa Arab. Hal ini membuatkan mereka mendirikan sebuah sekolah di Paris bagi mempelajari bahasa-bahasa Timur pada abad kedua belas Masihi. Mereka meniru cara mempelajari ilmu pengetahuan seperti yang dibuatkan oleh sarjana-sarjana Islam melalui perbahasan, di antaranya termasuk Roger Bacon, seorang sarjana Inggeris. Orang Eropah mengambil ilmu perbuatan daripada Ibn Zuhr dan Ibn Baithar. Dengan cara yang teristimewa mereka berjaya mengubat penyakit cacar dan sampar. Raja-raja dan kaum bangsawan Eropah seringkali memanggil doktor-doktor Arab untuk mengubati mereka. Sekolah perubatan yang didirikan oleh orang Perancis di Kota Montpellier mempunyai beberapa orang mahaguru daripada bangsa Arab Sepanyol.

Daripada bangsa Arab juga, orang Eropah mengetahui cara membuat gula, sutera dan cara membuat serta menggunakan pedoman. Orang Arab amat terkenal tentang kemahiran mereka dalam ilmu peperangan dan membuat kapal perang. Angkatan laut Islam di Lautan Mediterranean menjadi contoh kepada angkatan laut negara-negara Kristian. Keuntungan yang diperolehi oleh orang Eropah daripada bangsa Arab bukan hanya tentang ilmu pengetahuan dan pertukangan sahaja, bahkan sampai kepada nyanyian dan muzik. Kedua bidang kesenian ini mempengaruhi pelajar-pelajar Eropah yang mempelajari kebudayaan Arab di Sepanyol sehingga syair dan nyanyian Arab itu mereka bawa balik ke Eropah. Sampai sekarang dalam muzik Sepanyol masih ada kesan- kesan pengaruh Arab.

Amat banyak kitab Arab yang disalin daripada bahasa Greek telah disalin pula oleh orang-orang Eropah ke dalam bahasa mereka, seperti geografi Butlaimus, Geometri Iklidius dan Falsafah Aristotle. Dengan itu, berkembanglah semula kebudayaan Greek di Eropah, dan bangsa Arab di Sepanyol menjadi jambatan penghubung kepada kebudayaan dan tamadun baru di Benua Eropah. (Dr. Ismail bin Hamid, 1984;120).

3.3 Andalusia Sebagai Anugerah Tamadun Islam Kepada Kebangkitan Eropah

Penaklukan Negeri Andalus
Negeri Andalus terbahagi kepada Sepanyol dan Portugal yang terletak di semenanjung yang dikenali dengan sebutan 'Iberian Peninsular.' Sebelum orang Islam menguasai negeri itu, Andalus diperintah oleh suku bangsa Visigoth. Pada masa orang Rom memerintah negeri itu, mereka membawa masuk bangsa Yahudi, akibatnya sering berlaku perselisihan yang sengit antara orang Yahudi dan Kristian. Di samping itu, sering pula berlaku rebutan kuasa untuk menduduki takhta Kerajaan Andalus dari semasa ke semasa. Keadaan yang seumpama itu melemahkan Kerajaan Andalus dan membuka peluang bagi orang Islam menakluki negeri tersebut.

Antara faktor yang membawa kepada penaklukan negeri Sepanyol itu ialah kerana seorang pembesar negeri itu bernama Roderick telah merampas takhta kerajaan, dan beliau telah menindas putera bekas raja negeri tersebut. Lalu mereka lari ke Afrika dan menyebelahi orang Islam. Sebab yang langsung berlakunya penaklukan negeri Sepanyol itu ialah kerana berlaku perselisihan antara Count Julian, Gabenor Sabtah dengan Roderick yang dikatakan telah menjatuhkan kehormatan Puteri Count Julian. Oleh itu, beliau ingin membalas dendam, lalu mempelawa orang Islam menakluki Sepanyol. Beliau telah memberi kerjasama kepada mereka.

Gabenor Afrika, Musa ibn Nusair memohon kebenaran Khalifah al-Walid ibn Abdul Malik untuk menakluki Andalus, tetapi pada mulanya Khalifah agak keberatan membenar tentera Islam menyeberangi lautan demi keselamatan mereka. Tetapi Musa akhirnya berjaya mendapat kebenaran Khalifah untuk menggerakkan tenteranya ke Sepanyol. Tariq bin Ziyad seorang panglima yang ditugaskan oleh Musa untuk menawan negeri itu. Pada tahun 710 Masihi, Tariq telah mengirim satu pasukan tentera Islam untuk menyiasat dan membuat laporan kepadanya. Pada tahun 711 Masihi, Tariq bersama dengan pasukan tenteranya sebanyak 7,000 orang telah mendarat di bahagian selatan semenanjung itu yang kemudiannya disebut 'Jabal Tariq', atau 'Bukit Tariq' yang sekarang terkenal dengan sebutan Gibraltar. Di sini Tariq mengatur garis kemaraan tenteranya dan dikatakan beliau telah membakar kapal yang membawa mereka supaya siapa pun tidak dapat melepas diri balik ke Afrika. Dalam pidatonya yang sangat masyhur Tariq berkata: "Wahai tuan-tuan sekalian, di manakah jalan untuk tuan-tuan melarikan diri, di belakang tuan-tuan lautan terbentang luas dan di hadapan tuan-tuan musuh. Tuan-tuan tidak mempunyai apa-apalagi melainkan dengan nama Allah kebenaran dan kesabaran".

Apabila Roderick mendengar berita pelanggaran tentera Islam, beliau mengerahkan tenteranya hampir sebanyak 100,000 orang. Lalu Tariq meminta bantuan daripada Musa yang kemudiannya mengirim bantuan sebanyak 5,000 orang lagi, lalu berlakulah peperangan antara kedua pihak di lembah Lakkah, atau Bakkah. Walaupun tentera Roderick banyak bilangannya, namun beliau mempunyai banyak musuh dari dalam; orang Yahudi telah memberi kerjasama kepada tentera Islam. Tentera yang di bawah perintah saudara bekas Raja Sepanyol telah berundur dari medan perang. Oleh kerana sikap Roderick yang mewajibkan cukai yang berat kepada rakyat, maka mereka tidak sepakat di bawah perintahnya. Dalam pertempuran itu, Roderick telah terbunuh. Tariq sebagai seorang panglima yang cekap telah berjaya menawan Malaga, Granada, Cord ova dan Toledo.

Pencapaian Kerajaan Islam Di Sepanyol
Apabila sarjana-sarjana Barat membicarakan tentang tamadun Islam di Sepanyol, mereka mengakui tentang keindahan bangunan-bangunan yang ditinggalkan oleh orang Islam di situ. Mereka juga mengenang jasa orang Islam yang telah menyumbangkan tenaga bagi membawa cahaya ilmu pengetahuan ke Benua Eropah yang diselubungi kegelapan kejahilan berabad-abad lamanya. Pusat-pusat pengajian tinggi Islam di Sepanyol telah menaburkan ilmu pengetahuan kepada dunia Kristian Eropah selama dua abad lamanya. Nama-nama sarjana Islam seperti ibn Rushd yang dipanggil Averroes dan Abdul Maimun yang dipanggil Maimonides, ibn Jubair dan ibn Battutah, seorang pengembara Islam sangat terkenal di Benua Eropah hingga ke hari ini. Sarjana-sarjana Islam itu telah menghasilkan suatu tamadun Islam di Sepanyol. Kota Seville, Cordova dan Granada merupakan pusat-pusat pengajian dan kebudayaan Islam pada ketika itu.

Pusat Pengajian
Orang Islam Sepanyol mempunyai peluang mendapat pelajaran melalui sistem pendidikan rendah dan tinggi. Peluang itu lebih luas lagi daripada apa yang diperolehi di bawah Kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Ahli-ahli pendidik, atau guru-guru mendapat kedudukan yang istimewa dalam masyarakat. Malah kaum wanita pun mendapat peluang yang sama. Al-Maqqari seorang ahli sejarah Islam Sepanyol telah membuat catatan mengenai peluang mendapat pelajaran bagi kaum wanita. Universiti-universiti telah didirikan di Cordova, Seville, Malaga dan Granada. Universiti Cordova, misalnya mempunyai jabatan sains di samping jabatan bahasa, agama dan falsafah. Universiti Granada mempunyai jabatan undang-undang, perubatan, kimia, falsafah dan astronomi. Malah orang Kristian dari Castile dan Aragon yang memusuhi orang Islam Sepanyol datang menuntut ilmu di Universiti Granada. Universiti-universiti tidak dapat mencapai kemajuan tanpa adanya buku-buku mengenai ilmu pengetahuan. Oleh itu, buku-buku telah dituliskan dengan banyak dan mendapat pasaran yang luas sekali di Eropah. Tanpa ada kertas, maka buku pengetahuan tidak dapat diterbitkan. Dengan itu, perusahaan membuat kertas juga mencapai kemajuan. Dari Sepanyol cara membuat kertas telah dibawa ke Itali, Perancis dan seterusnya ke seluruh Benua Eropah. Oleh itu, kertas merupakan satu peninggalan orang Islam yang diwarisi oleh Benua Eropah.

Sains
Dalam bidang botani, orang Islam di Sepanyol telah memulakan kajian yang bercorak saintifik yang dimulakan oleh al-Ghafi dari Cordova dan Ibn al-Awwam dari Seville. Ibn al-Awwam menghasilkan sebuah buku yang penting dalam ilmu pertanian pada zaman pertengahan bernama al-Filahah. Dalam bidang perubatan, para ahli perubatan Sepanyol telah banyak membuat kajian dan penulisan. Abu Marwan seorang tokoh perubatan di Sepanyol yang menulis buku al-Teisir yang membicarakan sejarah penyakit. Ibn Abbas al-Zahrawi seorang doktor istana Hakam telah menulis buku yang berjudul al-Tasrif yang membicarakan asas pembedahan. Ibn Rusyd seorang ahli falsafah dan perubatan menghasilkan bukunya yang terkenal, iaitu al-Kulliyat (Prinsip-prinsip Perubatan). Dalam bidang astronomi orang Islam telah membuat kejayaan yang tinggi. Al-Majriti telah membuat pembetulan terhadap jadual astronomi ciptaan al-Khawarizmi. Al-Bitruji tokoh astronomi Sepanyol yang mengarang buku al-Hayah yang membicara tentang bintang-bintang.

Kesenian
Khalifah-khalifah Islam di Sepanyol sangat berminat kepada kesenian dan seni binaan. Sementara seni muzik telah diperkenalkan oleh Ziryab yang menjadi tokoh muzik di istana Khalifah Abdul Rahman II. Abu Qasim Abbas terkenal sebagai seorang tokoh muzik yang memperkenal seni muzik timur di Sepanyol. Dalam bidang seni bina, pemerintah Sepanyol telah membina berbagai-bagai bangunan dengan menyertai seni ukir Islam. Kesan sejarah yang berbentuk rumah ibadat telah dimusnahkan di Sepanyol selepas orang Islam tewas, kecuali masjid Cordova. Orang Islam telah berjaya melahirkan suatu tamadun yang amat tinggi di Sepanyol, dan memberi sumbangan yang tidak sedikit kepada perkembangan peradaban dunia.

Industri
Dalam bidang perusahaan, orang Islam Sepanyol terkenal di kalangan negara perusahaan dewasa itu. Mereka menjalankan perusahaan membuat pinggan mangkuk, tembikar, kemudian dieksport ke luar negeri. Orang Islam Sepanyol juga maju dengan perusahaan membuat kain dan mendapat pasaran yang luas di Eropah Barat. Mereka juga menjalankan perusahaan membuat kain daripada bulu kambing, Cordova merupakan pusat pengeluarannya yang terpenting. Almeria sahaja ada mempunyai empat ribu lapan ratus mesin tenun kain. Pengeluaran kain-kain sutera yang bermutu juga diusahakan bagi pakaian di-raja, atau untuk hiasan perayaan dan gereja. Rekaan bentuk bunga adalah hasil ciptaan orang Islam Sepanyol yang kekal dipakai di Eropah hingga abad keenam belas. Mereka juga menjalankan perusahaan logam. Pengaruh Islam dalam bidang perusahaan itu masih kekal sampai hari ini sehingga istilah-istilah barang perusahaan-perusahaan itu masih menggunakan bahasa Arab. Gading gajah diimport dari Afrika, dan barang ukiran yang diperbuat daripadanya dieksport ke luar negeri. (Dr. Ismail Hamid, 1984:119).

3.4 Pengaruh Tamadun Islam Dalam Pelbagai Bidang Ilmu Pengetahuan

Berikut akan dibicarakan beberapa bidang ilmu yang telah dibawa ke Eropah yang kemudiannya bertanggungjawab dalam melahirkan zaman renaissance di sana.

Ilmu Falsafah.

Berbanding dengan tokoh-tokoh lain, Ibnu Rusyd-lah yang nampaknya telah memberi saham yang amat besar terhadap alam fikiran Barat, sehingga mereka amat terhutang budi kepadanya. Sesungguhnya Ibnu Rusyd (Averroes) telah menguasai alam pemikiran sejak akhir abad ke-12 hingga akhir abad ke-16 meskipun menghadapi berbagai-bagai gugatan, baik dari golongan Ahli Sunnah di Sepanyol mahupun dari ahli-ahli Talmud dan pemuka-pemuka Gereja. Misalnya beliau pernah disingkir dari istana oleh pemerintah Muwahidin, Abu Yusuf Yaqub Al-Mansur. Dan bagi kepala-kepala Gereja, Ibnu Rusyd merupakan sumber yang memancarkan mata air ilmu pengetahuan dan kebebasan. Maka tertumpahlah segenap kemarahan mereka terhadapnya, termasuk pengikut-pengikutnya dari golongan Muslim dan Yahudi juga (muridnya yang terbesar dan paling setia, Musa bin Maimon, adalah seorang Yahudi).

Lihat sahaja ketika Christopher Columbus bermaksud untuk mengembara di Lautan Atlantik, beliau telah dihalang oleh pihak Gereja. Tetapi dengan dibantu oleh beberapa orang raja Eropah, beliau tetap dengan pendiriannya. Kata Columbus: "Yang memberi ilham kepadaku untuk melakukan tujuan yang mulia ini, adalah buku-buku dari Ibnu Rusyd!"

Ketika Frederick II menjadi Maharaja Rom, beliau telah mendirikan Universiti Naples yang bertujuan untuk menyiarkan ilmu falsafah dan pengetahuan Islam di Eropah. Sebagai seorang yang pernah belajar di Universiti Palermo dan sangat berminat pada pemikiran-pemikiran Ibnu Rusyd, pengajian-pengajian utama di universiti itu ialah menterjemahkan karya-karya Aristotle yang berisi komentar-komentar Ibnu Rusyd, dan kemudiannya berusaha mengirimkannya ke universiti-universiti Paris dan Bologne. Salinan karya-karya Ibnu Rusyd ini banyak diusahakan oleh Michael Scott, kesayangan Raja Frederick II. Kebanyakan salinan Michael Scott adalah mengenai zoology sebab Raja Frederick sangat gemar pada haiwan-haiwan.

Atas perintah General Order of Preaches, iaitu sebuah badan tertinggi Kristian, diusahakanlah terjemahan kepada karya-karya islam. Antaranya ialah Tahafutul-Falasifa oleh Al-Ghazali (Algazel) dan juga Tahafutut-Tahafut oleh Ibnu Rusyd. Buku Raymund Martin Summa contra Gentiles adalah sebenarnya berasal dari karya Al-Ghazali. Seorang padri yang juga ahli falsafah, St. Thomas Aquinas telah memerintahkan agar disalin kitab-kitab Abul-Hassan Al-Shaari untuk digunakan oleh pihak Gereja untuk melawan arus atheisme di Eropah. Buku tersebut dikenali dengan nama Loquentes (Mutakallimun).

Sejauh manakah kesan pemikiran Islam terhadap alam fikiran Barat? Untuk mengukur kesannya, haruslah ditinjau alam fikiran Barat serta dibuat perbandingan dengan alam fikiran Timur. Melalui perbandingan ini akan terdapatlah beberapa kesamaan antara keduanya, yang sukar sekali untuk mengatakan yang ianya berlaku secara kebetulan belaka. Misalnya teori 'Cogito' dari Descartes yang menyamai dalil 'orang terbang' dari Ibnu Sina (Avicenna), apakah tidak mungkin adanya pengaruh-mempengaruhi di antara mereka? Sebenarnya 50 tahun sebelum lahirnya Descartes (1597-1650), sudah terdapat terjemahan karya-karya Ibnu Sina dalam bahasa Latin yang diterbitkan di Venice (antara 1496-1546). Ketika zaman Descartes persoalan jiwa dan keabadiannya menjadi persoalan hangat. Besar kemungkinan pembahas-pembahas Barat ketika itu mencari sumber yang ada memperkatakan tentangnya, dan Ibnu Sinalah orangnya yang paling banyak membicarakannya. Atau boleh jadi Descartes mengenal Ibnu Sina lewat Roger Bacon (1214-1291), seorang murid tokoh-tokoh falsafah Islam.

Kebanyakan buku-buku Ibnu Sina telah diterjemahkan ke bahasa Hebrew dan Latin sebelum abad ke-12. Dan Roger Bacon sendiri mempelajari buku Falsafah Timur karya Ibnu Sina tersebut. Ramai sekali murid-murid Ibnu Sina yang terpengaruh kepada cara pengajiannya. Antaranya ialah Musa bin Maimon (Maimonides), seorang ahli falsafah Yahudi, Albert the Great yang hidup sezaman dengan Padri Thomas, Ulrich of Strasburg (murid Albert), Henri of Ghent, pengikut-pengikut Bonaventure of Bagnoregio termasuk Duns Scotus dan Meister Eckhart.

Jika tadinya dikatakan yang Descartes dipengaruhi oleh Ibnu Sina, tetapi bagi George Henry Lewis, Descartes juga dipengaruhi oleh Al-Ghazali. Katanya: "Al-Ghazali telah mengemukakan pendapat-pendapat ilmiah dan metode pengajian yang kemudiannya lahir begitu jelas dalam buku Descartes Discourse Sur lu Method sehingga jika ada naskhah terjemahan kitab Ihya Ulumiddin oleh Al-Ghazali di waktu itu, sudah tentu tulisan Descartes ini merupakan suatu plagiat yang nyata." Bukti yang amat jelas ialah mengenai 'teori sangsi' Al-Ghazali yang menyamai Descartes. Kedua-dua tokoh ini telah dibelenggu oleh kesangsian sebegitu jauh sehingga ke darjah menyangsikan wujudnya diri sendiri. Dan sebab-sebab kembalinya mereka kepada keyakinan itu pun hampir-hampir sama. Bagi Al-Ghazali, "Saya mempunyai kemahuan dan inilah buktinya saya ada." Sedang bagi Descartes, "Saya berfikir maka inilah bukti saya ada" (Cogito urgo sum). Bagi mereka kesangsian-kesangsian tersebut bukanlah untuk meruntuh, melainkan sebagai jalan ke arah memperolehi pengetahuan dan hakikat yang sebenar. Pengaruh Al-Ghazali juga dapat dikesan pada fikiran-fikiran ketuhanan Spinoza, murid Descartes.

Jelaslah bahawa pemikiran-pemikiran Descartes tersebut banyak dipengaruhi oleh fikiran-fikiran sebelumnya, terutamanya Ibnu Sina dan Al-Ghazali. Di Eropah, Descartes bukannya sebarang orang. Dialah yang mempelopori falsafah moden.

Mengenai masalah sumber ilmu pengetahuan, pemikiran Al-Ghazali juga sangat mendalam pengaruhnya. Bagi Al-Ghazali, eksperimen (melalui pancaindera, akal fikiran atau roh) iaitu sarananya untuk memperolehi pengetahuan. Berasaskan pendapat inilah ianya mempengaruhi ahli-ahli falsafah Barat menurut kemampuannya masing-masing. John Locke misalnya memilih aliran pancaindera, sebab katanya: "Tidak satu pun yang ada dalam akal yang tidak melalui pancaindera sebelumnya". Sedang Emmanuel Kant pula berpendapat akallah satu-satunya sarana ilmu pengetahuan, kerana pancaindera juga dipunyai oleh binatang, tetapi ia tidak membawa binatang-binatang itu kepada ilmu pengetahuan. Cuma aliran roh yang belum mencapai kematangannya, walaupun Bergso hampir-hampir akan sampai kepadanya.

ii) Ilmu Sains dan Perubatan

Seperti bidang falsafah, orang-orang Eropah juga banyak memanfaatkan kajian-kajian kaum Muslimin dalam bidang sains dan perubatan. Dalam ilmu fizik, kajian-kajian Al-Kindi dalam bidang optika yang diselaraskan dengan teori-teori geometri dan fiziologi telah diterjemahkan ke bahasa Latin dengan judul De Aspectibus, dan ianya mempunyai kesan yang amat besar dalam pengajian Roger Bacon. Bagaimanapun dari segi kepintarannya, Ibnul-Haytham (Al-hazen) mengatasi Al-Kindi. Tesisnya tentang pengajian optika telah disalin ke bahasa Latin pada 1572 dengan judul 'Opticae Thesaurus', dan menjadi sangat berpengaruh dalam mengembangkan pengajian optika di Barat dan menjadi asas kepada semua pengajian dan penyelidikan di Eropah, seperti oleh Roger Bacon, Leonardo da Vinci dan Johann Kepler. Kepler yang kemudiannya menulis sebuah buku Dioptrics (bias sinar) pada tahun 1604 itu didasarkan seluruhnya kepada karangan Ibnul-Haytham dan diberi nama Ad Vitellionem Paralipmena. Sebuah buku Ibnul-Haytham yang lain, iaitu Light juga disalin dari bahasa Yunani.

Tentang Al-Zarqali (Arzachel), bukunya tentang astronomi telah disalin oleh seorang dari Montpellier di Perancis ke bahasa Latin. Raja Alfonso di Castille sendiri menyalin dua buah bukunya. Dan pada abad ke-15, Regiomontanus menerbitkan kumpulan-kumpulan 'Safiha' dari Al-Zarqali. Adalah satu hal yang nyata bahawa Copernicus juga terpengaruh pada pendapat-pendapat Al-Zarqali dan Al-Battani (Albategnius) dalam karyanya De Revolutionibus orbium coelestium. Demikian juga dengan karangan-karangan Raymond of Marseilles yang pada hakikatnya merupakan petikan-petikan dari jadual-jadual falam Al-Zarqali. Seorang ahli astronomi yang lain, Al-Butruji (Alpetragius) telah berjaya menyusun sebuah buku besar tentang perjalanan bintang- bintang. Kerana sangat penting, ia disalin ke bahasa Hebrew oleh Musa bin Tibbon pada abad ke-16, dan disalin pula ke bahasa Latin oleh Kalonymos ben David. Dan ketika Raja Alfonso hendak membuat 'armillary', ia meminta bantuan ahli-ahli astronomi Islam untuk mendirikannya. Sebenarnya armillary adalah salinan gelang pengukur Nasiruddin Tusi.

Mengenai Al-Battani tersebut, buku-bukunya telah disalin ke bahasa Latin, dan disusun kembali dalam bahasa Arab oleh Nallino pada 1903. Mengenai Al-Fazari, pencipta pertama astrolabe, bukunya telah disalin ke bahasa Latin oleh Johannes de Luna Hispalensis yang mana dipergunakan oleh universiti Eropah untuk mengajar astronomi. Dari sinilah orang-orang Barat mengetahui benda-benda di cakrawala, Buku-buku astronomi Al-Khawarizmi pula telah disalin ke bahasa Latin, dan pada 1914 diedit semula dan diterbitkan oleh H. Suter di Copenhagen. Antara Al-Battani dan Al-Khawarizmi, sarjana-sarjana Barat lebih memilih pendapat Al-Battani dalam soal astronomi tersebut. Kajian-kajian Al-Battani jelas membuktikan betapa originalnya pengajian-pengajian matematik dalam tamadun Islam. Kalau dulunya orang-orang Greek menggunakan chord (tali), tetapi Al-Battani menggunakan sine di samping juga cara tangent dan kotengent.

Sebuah karya Nasiruddin Tusi tentang ilmu matematik telah disalin ke bahasa France oleh Cara theodory Pasha di Istanbul. Bagaimanapun dalam bidang matematik ini, nama Al-Khawarizmi sentiasa berada di puncak. Sebuah bukunya tentang soal hitungan dan asal-usul angka telah disalin ke bahasa Latin oleh Prince Boncompagni dengan nama Trattati d' Arithmetica pada 1857 di Rom. Bukunya yang lain tentang ilmu hisab telah disalin ke bahasa Latin oleh Adelard of Bath dan dua buah yang tain telah disalin oleh Gerard of Cremona. Mengenai bukunya tentang algebra, iaitu Hisab Al-Jabr wal-Muqabalah telah disalin oleh F. Rosen di London.

Sebenarnya tanpa buku-buku Islam, sukar bagi orang-orang Barat untuk memahami klasik-klasik Greek. Pernah Regiomontanus diperintah agar membuat perkakas gerhana bulan berasaskan ilmu Ptolemy. Kerana tidak cukup, dia lalu merujuk kepada buku-buku astronomi Islam. Selesai saja membuat perkakas itu ia diberi nama 'Alidade', sebagai peringatan atas jasa Alidad yang menciptanya.

Dalam bidang kimia, karangan Jabir (Geber) telah disalin ke bahasa Inggeris oleh Robert Chester dalam bahasa Latin dengan nama Book of Composition of Alchemy pada 1144. Bukunya yang lain Book of the Seventy disalin oleh Gerard Cremona pada 1187 ke bahasa Latin, sedang pada 1678 Richard Russell menterjemahkan buku Jabir Sun of Perfection.

Dalam pengajian perubatan pula, zaroan gemilangnya, bermula dengan Al-Razi (Rhazes). Oleh Raja Charles I dari Anjou diperintahkannya agar diterjemahkan kitab Al-Hawi (120 jilid) ke bahasa Latin, bahasa rasmi ilmu pengetahuan di Eropah. Pekerjaan ini dilakukan oleh Faraj bin Salim dan Girgenti pada 1279 dengan nama Liber Continens (Buku yang dapat dipakai untuk seluruh benua). Terjemahan-terjemahannya terus menerus diterbitkan hingga tahun 1486, dan pada 1542 diterbitkan bahagian-bahagiannya sebanyak 5 jilid. Kitab Al-Razi yang lain, Al-Kitab Al-Mansuri (10 jilid) diterje- mahkan ke bahasa Latin di Milan pada akhir abad 15, dan kemudiannya ke bahasa-bahasa Perancis dan Jerman.

Seorang tokoh perubatan lain, Ali Abbas (Haly Abbas) telah menulis bukunya Al-Kitab Al-Maliki berupa sebuah ensaiklopedia tentang teori dan praktik perubatan. Kitab yang diterjemahkan ke bahasa Latin iaitu Liber Regius ini diterbitkan beberapa kali, dan salinannya dalam bahasa Inggeris berjudul The Whole Medical Art. Tentang Abul-Qassim Zahrawi (Abulcassis), kitabnya At-Tasrif telah diterjemahkan ke bahasa Latin dengan judul Medical Vademecum. Buku inilah yang telah meletakkan asas kedoktoran gigi di Eropah. Demikian juga buku Ibn Zuhr (Avenzoar) iaitu At-Taisir telah diterjemahkan ke bahasa Latin pada 1280 dengan judul Theisir oleh Paravicius, dan dalam bahasa Inggerisnya berjudul Facilitation of Treatment.

Mengenai penyakit mata (optika), selain dari Ibnu-Haytham (Alhazen) tersebut, Al-Kindi juga banyak mengkaji tentangnya. Bukunya tentang ilmu optika telah disalin ke bahasa Latin dengan nama Optics, dan salah seorang pengikutnya ialah Roger Bacon. Ada pun kitab Ibnu Rusyd Kulliyat fit-Tib, ianya telah diterjemah ke bahasa Latin oleh Bonacosa pada 1255 dengan judul Colliget, dan salinan dalam bahasa Inggerisnya berjudul General Rules of Medicine. Kalender Ibnu Jazlah (1100) tentang penyakit-penyakit dan cara mengubatinya diterjemahkan ke bahasa Latin pada 1532.

Bagaimanapun, tokoh perubatan yang telah mencapai kemuncaknya ialah Ibnu Sina (Avicenna). Kitabnya Al-Qanun fit-Tib (Cannon of Medicine) yang dianggap sebuah ensaiklopedia lengkap dalam perubatan dan pembedahan dijadikan teks perubatan di Eropah mulai abad 12 hingga 17. la diterbitkan dalam bahasa Latin sebanyak 15 kali dan dalam bahasa Hebrew sekali pada abad 15, dan pada abad l6 dicetak sebanyak 21 kali.

Tidak hairanlah dengan kemajuan yang sebegitu tinggi itu ilmu perubatan Islam mulai mempengaruhi Eropah sejak pertengahan abad II dan lebih-lebih lagi abad 13. Di Italy muncullah Sekolah Perubatan yang didirikan oleh Constantine African, bekas siswa di negeri-negeri Islam. Kemudiannya terdiri pula universiti-universiti di Rom, Paris dan Jerman yang kurikulum perubatannya berasaskan perubatan Islam sedang teks pengajiannya ialah karya-karya Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd. Dan sesiapa yang mengunjungi Fakuiti Perubatan di Universiti Paris akan dapat melihat gambar-gambar Ibnu Sina dan Al-Razi menghiasi dewan besarnya.

iii) Kesusasteraan

As Europe owes its religion to Judaea, so he owes its romance to Arabia (Prof. Mackail). Pendapat ini sejajar dengan pandangan M. Haureau, bahawa jikalau Islam tidak datang, di Eropah orang tidak akan mengenal apa ertinya kesusasteraan dan ilmu. Mungkin pandangan-pandangan seperti ini dikira keterlaluan, apa lagi bagi pemuja-pemuja sastera Barat. Benar tidaknya anggapan tersebut haruslah dikaji secara objektif.

Seperti dijelaskan sebelumnya, terdapat dua saluran utama yang menghantarkan tamadun Islam ke Eropah. Pertama orang-orang Sepanyol sendiri, baik dari golongan Moors mahupun Mozarabes. Dan keduanya melalui Sicily atau Italy Selatan terutama di bawah pemerintahan Raja Frederick II. Melalui perantaraan-perantaraan inilah orang-orang Eropah mengenal sastera Islam. Di antara karya-karya sastera Islam yang sangat terkenal di Barat ialah seperti Hikayat 1001 Malam, Rubaiyat Umar Khayyam, Shah Nameh oleh Firdausi, Mantiqut- Tair oleh Fariruddin Attar, Al-Masnawi oleh Salahuddin Al-Rumi, Gulistan dan Bustan oleh Al-Saadi dan Tuti Nameh oleh Al-Shirazi. Mengenai Hikayat 1001 Malam itu, ianya telah mempengaruhi Geofrey Chaucer untuk menulis bukunya Squires Tales. Dan berdasarkan hikayat ini juga Christopher Sly menyusun bukunya The Taming of the Shrew dan The Sleeper Wakened. Sebenarnya penyalin pertama Hikayat 1001 Malam ini ialah seorang Perancis, Antione Galland pada tahun 1704. Dan dari salinannya itulah Voltaire menulis bukunya Zaiiq. Hikayat ini kemudiannya diedit semula ke bahasa Inggeris oleh Dr. A.W. Lane dan Henry Torrens. Tetapi salinan yang terbaik dan lengkap dikerjakan oleh Sir Richard Burton dengan judul barunya Arabian Nights. Dan judul inilah yang dikenali di Eropah, tidak lagi 1001 Malam seperti judul asalnya.

Mengenai Rubaiyat Umar Khayyam pula, ia menjadi begitu popular sejak Edward Fitzgerald menyalinnya ke bahasa Inggeris. Dan dari salinan ini A.W. Hamilton menterjemahkannya ke bahasa Melayu. Seperti Hikayat 1001 Malam juga, buku Shah Nameh oleh Firdausi bertukar judulnya menjadi Epic Kings setelah disalin oleh Helene Zimmern pada 1883, dan pada 1923 George Warner dan Edmund Warner sekali lagi menyalinnya ke bahasa Inggeris yang mengandungi 8 jilid besar. Salinan ke bahasa Jerman dilakukan oleh von Schach. Sebagai seorang sastera Muslim, Muslehuddin Al-Saadi dengan karya-karyanya Gulistan dan Bustan sungguh-sungguh dapat dibanggakan. Pujangga Jerman, iaitu Goethe dikatakan sangat tertarik pada kedua-dua hasil ini. Penyalinan Gulistan ke bahasa Jerman oleh Goethe sendiri dipandang oleh orang-orang Eropah sebagai sekuntum bunga yang paling wangi daripada segala bunga yang pernah tumbuh di Eropah. Goethe sendiri sanggup mendakwa bahawa dia adalah orang Timur yang dilahirkan kembali di Eropah.

Seperti disebutkan tadi, Jalaluddin Al-Rumi telah menulis Al-Masnawi. Bagaimanapun ini bukanlah karya satu-satunya. Oleh Prof. Nisholson dan Prof A. J. Arberry diusahakannya untuk menerbitkan karya-karya Al-Rumi ke dalam bahasa Inggeris. Sebenarnya hasil-hasil karya Al-Rumi dapat diikuti dalam hampir-hampir semua bahasa Eropah. Seiiring dengan kelahiran Al-Rumi, terdapat juga Fariruddin Attar dengan karya agungnya Mantiqut-Tair, serta seorang tokoh mistik Islam, Ibnul-Arabi. Menurut Prof. Miguel Asin, buku Divine Comedy oleh Dante Aligieri dipengaruhi oleh kitab Al-Isra' dan Futuhatul-Makkiya oleh Ibnu-Arabi.

Sebelumnya kita telahpun menyatakan betapa besarnya pengaruh roman falsafah Hayy bin Yaqzhan ciptaan Ibnu Tufail. Begitu besar pengaruhnya terhadap kelahiran Robinson Crusoe oleh Daniel Defoe, hingga Prof. A.R. Pastor mengatakan dalam bukunya The Life and Strange Surprising of Robinson Crusoe bahawa Defoe telah melakukan plagiat dari sastera Islam. Demikian juga ia mempengaruhi Jonathan Swift ketika menulis Gullivers Travel. Swift juga menulis Battle of the Books yang didasarkan daripada karya Al-Ghazali Tahafutul-Falasifa. Selain dari itu, buku Don Quixote karya Miguel de Cervates juga telah diragui keasliannya. Menurut William H. Prescott, Don Quixote bukanlah karya original Cervantes, melainkan disalin dari sebuah buku karya Said Hamid bin Anjali. Demikian juga buku Decamarone oleh Giovanni Boccacio, adalah juga berdasarkan sastera Islam.

Sebenarnya Boccaciolah orang Italy pertama yang menyampaikan pula bahan-bahan itu kepada novelis-novelis Italy yang lain. Hasil dari semuanya ini, sastera Eropah mendapat cahaya baru. Seperti pengakuan Prof. H.A.R. Gibb, sastera Eropah lalu bangun dengan bentuk dan jiwa baru. Baginya, besar tidaknya pengaruh sastera Islam dapat diukur betapa sampai kini orang-orang Barat masih tidak jemu-jemu membaca The Arabian Nights, Ali Baba and the 40 Thieves, Aladdin and the Magic Lamp, Sindbad the Sailor yang mana semuanya itu hasil kreativiti penulis-penulis Islam belaka. Dan sampai sekarang, kata Prof. Bedier, sebahagian terbesar sastera popular di Eropah sekurang-kurangnya mesti berisi episod-episod dari sastera Islam. (Abdul Rahman Hj. Abdullah, 1984).